SG boleh belajar dari pendekatan inovatif Jepun tangani cabaran penduduk kian menua, kata DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
AICHI: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata banyak yang boleh Singapura pelajari daripada pendekatan inovatif Jepun dalam menangani cabaran-cabaran penduduk yang semakin menua.
Ini khususnya melibatkan program-program yang menggalak kesihatan panjang usia dan jagaan demensia tahap lanjut.
DPM Heng berkata demikian semasa menggulung lawatan kerjanya ke Jepun.
Dalam lawatannya kali ini, DPM Heng mengunjungi beberapa institut kajian dan saintifik, termasuk Pusat Kebangsaan bagi Geriatrik dan Gerontologi di Aichi.
Beliau meluahkan harapan, kerjasama antara Singapura dengan Jepun dapat diperdalam, selain memajukan kepakaran kedua-dua pihak agar dapat saling meraih manfaatnya.
DPM Heng turut melawat beberapa syarikat, institut dan universiti Jepun untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang seperti kewangan mampan, teknologi dan keusahawanan.
Selain itu, beliau hadir di pelancaran program inkubator idea Universiti Nasional Singapura (NUS) di Nagoya.
DPM Heng juga sempat bertemu dengan Gabenor Aichi Omura Hideaki sebelum pulang ke Singapura pada Jumaat (11 Okt).

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.