SG 'bersedia secara prinsip' iktiraf Palestin sebagai negara berdaulat tolak pengganasan; akur hak Israel untuk wujud sama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura "bersedia secara prinsip" untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat jika ia menolak pengganasan dan menerima hak Israel untuk wujud, menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di Parlimen pada Selasa (2 Jul).
Beliau berkata demikian semasa menjawab lima soalan yang dibangkitkan oleh para Anggota Parlimen mengenai bantuan Singapura untuk Palestin dan pembangunan semula wilayah tersebut.
Dr Balakrishnan menarik perhatian pada Mei tahun ini bahawa Singapura mengundi untuk menyokong ketetapan yang menyokong keanggotaan Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyusuli "pertimbangan yang sangat teliti".
"Ini mencerminkan harapan kami untuk menggalakkan kedua-dua Israel dan Palestin saling menyambung semula rundingan ke arah huraian dua negara, pada masa sedang prospek rundingan semakin suram," kata Dr Balakrishnan.
Keputusan itu juga selaras dengan sokongan konsisten Singapura terhadap prinsip undang-undang antarabangsa, tambahnya.
“Undi kami di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermakna Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara,” kata Dr Balakrishnan. "Kami akan melakukan langkah ini pada masa yang sesuai."
Pertimbangan utama adalah langkah sedemikian harus membantu kemajuan ke arah keamanan dan huraian dua negara yang dirundingkan.
Huraian dua negara adalah "satu-satunya jalan yang berdaya maju" untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan bertahan lama kepada konflik, yang secara konsisten disokong oleh Singapura, kata Dr Balakrishnan.
"Khususnya, perlu ada pemerintah Palestin yang berkesan yang menerima hak Israel untuk wujud dan secara mutlak menolak pengganasan."
"Kedua-dua pihak mempunyai hak yang sah, dan kedua-dua rakyat mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan bermaruah dalam persekitaran sempadan yang selamat," katanya.
Dr Balakrishnan turut menggesa Israel dan Palestin supaya mengambil langkah ke arah keamanan yang berkekalan dan menamatkan penderitaan "yang sudah berlarutan terlalu lama".
Israel dan Palestin perlu mengamalkan kepimpinan dan saling bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik, menurut Dr Balakrishnan.
"Memandangkan Singapura adalah rakan kepada kedua-dua pihak, Singapura akan terus memberikan galakan dan sokongan."
LAWATAN SAMBIL BELAJAR, BIASISWA
Untuk tujuan itu, Singapura akan terus memanfaatkan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkatkan bernilai S$10 juta untuk membantu Penguasa Palestin membina kapasiti dan bersedia untuk menubuhkan negaranya sendiri, kata Dr Balakrishnan.
Para pegawai Palestin akan berada di Singapura dari 8 Julai hingga 12 Julai untuk lawatan sambil belajar menggunakan kecerdasan buatan dalam perkhidmatan awam.
Singapura telah menjadi tuan rumah kepada delegasi Palestin untuk 18 lawatan sambil belajar selama bertahun-tahun berhubung topik-topik termasuk perancangan dan pembangunan bandar, dan kewangan awam dan dasar fiskal.
Lebih 750 pegawai juga telah dilatih dalam bidang-bidang seperti diplomasi, pengurusan air dan pembangunan ekonomi, kata Dr Balakrishnan.
Biasiswa pos-siswazah juga telah diberikan kepada 13 pegawai Palestin untuk belajar di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dimasukkan ke dalam program yang ditawarkan di bawah pakej bantuan tersebut sebagai respons kepada maklum balas pegawai Palestin yang berminat kerana mereka boleh menyokong pembangunan dengan lebih baik lagi.
Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkatkan pertama kali dibentangkan pada 2013, dan jumlah itu digandakan kepada S$10 juta pada 2016.
"Kami berharap peluang latihan ini akan membantu pegawai Penguasa Palestin memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Palestin, serta melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan apabila ia berkaitan dengan pembinaan semula Gaza," kata Dr Balakrishnan.
Berhubung pertanyaan mengenai melatih para pegawai Palestin untuk membantu pembinaan semula Gaza, Dr Balakrishnan berkata Singapura akan menilai cara terbaik untuk membantu secara dua hala.
"Kami bersedia untuk menyumbang, dengan mengambil kira keperluan Gaza dan berdasarkan sumber dan kepakaran kami sendiri, tetapi jelas semua ini hanya boleh berkuat kuasa apabila pertempuran berhenti," katanya.
"Buat masa ini, tumpuan perlu diberikan untuk mencapai gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan pembebasan semua tebusan dengan serta-merta."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.