Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG berminat perkukuh kerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui: Dr Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Singapura berminat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Sarawak, terutama sekali dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana lokasinya yang strategik dan sumber asli yang luas, kata Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng.

“Sarawak dianugerahkan dengan sumber semula jadi yang banyak, terutamanya dalam tenaga boleh diperbaharui. Saya fikir ia adalah salah satu agenda utama yang akan kami bincangkan dengan lebih lanjut.

“Kami juga berharap perdagangan dua hala dan ketersambungan pelancongan akan terus berkembang, dan ada kerjasama langsung mengenai import tenaga boleh diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Rabu (11 Sep).

Mengulas lanjut lawatannya ke Sarawak, Dr Tan yang sebelum ini turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia adalah siri pertemuan yang sangat produktif.

“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya menantikan satu siri penglibatan yang produktif antara pasukan kami dan mungkin menyediakan sesuatu untuk Rahat Pemimpin kami menjelang akhir tahun ini", tambahnya.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan