SG 'berisiko' alami penularan chikungunya: CDA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura berisiko mengalami penularan chikungunya, menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada Jumaat (8 Ogos), kerana jumlah kes yang dikesan di negara ini semakin meningkat.
Kewujudan vektor nyamuk Aedes, serta virus yang dibawa masuk oleh pelancong, merupakan faktor risiko penularan penyakit di Singapura, menurut CDA, sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau situasi dengan teliti.
Sebanyak 17 kes chikungunya dikesan dari awal tahun hingga 2 Ogos, menurut buletin mingguan penyakit berjangkit agensi itu. Jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding lapan kes yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu, dan lebih tinggi daripada 15 kes yang dikesan untuk sepanjang tahun 2024.
CDA menyatakan daripada 16 kes chikungunya yang dilaporkan pada 31 Julai, 13 daripadanya baru-baru ini melakukan perjalanan ke kawasan yang terjejas di luar negara. Tiga kes lain adalah kes tempatan yang bersifat sekali-sekala dan tidak dikaitkan antara satu sama lain, tambahnya.
"Sekiranya maklumat baharu muncul yang menunjukkan peningkatan risiko kesihatan awam kepada Singapura, CDA akan mengkaji keperluan bagi langkah-langkah kesihatan awam tambahan," kata agensi itu.
Virus chikungunya disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti, dan mereka yang dijangkiti mungkin menunjukkan gejala yang serupa dengan demam denggi, seperti demam akut, sakit sendi, ruam, dan sakit kepala.
Sakit sendi yang disebabkan oleh chikungunya, bagaimanapun, boleh berlarutan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan, kata Profesor Ooi Eng Eong, timbalan pengarah program Penyakit Berjangkit Baharu Muncul di Sekolah Perubatan Duke-NUS.
"Walaupun chikungunya tidak mengancam nyawa seperti denggi, ia boleh menjadi sangat melemahkan."
Kenaikan jumlah kes jangkitan chikungunya di Singapura membimbangkan, kata pakar penyakit berjangkit.
"Chikungunya adalah penyakit yang membimbangkan kesihatan awam," kata Profesor Ooi, sambil menyatakan bahawa pesakit boleh mengalami sakit sendi kronik yang boleh mengehadkan aktiviti harian.
Dr Paul Tambyah, mantan presiden Persatuan Antarabangsa bagi Penyakit Berjangkit, berkata kenaikan jumlah kes ini mungkin menandakan bahawa wabak yang sedang berlaku di rantau Lautan Hindi - terutamanya di Sri Lanka - dan di China sudah sampai ke Singapura.
Lebih 7,000 kes chikungunya dilaporkan di China setakat Rabu, dengan Amerika Syarikat mengeluarkan nasihat perjalanan yang memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak melawat wilayah Guangdong, bandar Dongguan, dan beberapa hab perniagaan lain.
Negara-negara seperti Bolivia dan negara-negara pulau di Lautan Hindi juga termasuk dalam senarai tempat yang perlu dielakkan.
Kenaikan jumlah kes di Singapura adalah "tidak mengejutkan," memandangkan kedudukan negara ini sebagai hab pelancongan dan perdagangan global selama berabad-abad, kata Dr Tambyah.
"Perkara yang positif adalah kes-kes ini sedang didiagnosis di Singapura. Ini bermakna para doktor peka dengan apa yang berlaku dan memaklumkan kepada pihak berkuasa."
Ini akan membolehkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengambil tindakan untuk mengawal nyamuk, yang merupakan cara paling berkesan untuk membendung penularan virus, tambahnya.
Mediacorp sudah menghubungi NEA untuk bertanya sama ada Singapura menyaksikan pertambahan jumlah nyamuk Aedesnya.
Menurut CDA, wabak chikungunya semakin meningkat di Amerika, Asia, dan Eropah tahun ini, dan negara-negara beriklim sederhana yang sebelum ini tidak terjejas oleh penyakit bawaan nyamuk kini berdepan risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh perubahan iklim.
Walaupun vaksin untuk penyakit ini diberi lesen di tempat lain, ia pada masa ini tidak terdapat di Singapura, kata pakar.
Ini mungkin kerana risiko jangkitan adalah "relatif rendah" dan vaksin adalah baharu, jadi pengawal selia Singapura sedang menunggu lebih banyak data keselamatan dari luar negara, kata Dr Tambyah.
"Sehingga vaksin yang selamat dan berkesan digunakan secara meluas, pendekatan terbaik adalah untuk mengelakkan diri daripada digigit oleh nyamuk Aedes."
Dr Tambyah menasihati orang ramai untuk menggunakan penghalau nyamuk, terutamanya pada waktu subuh dan senja, dan untuk memastikan tempat kerja atau rumah tidak membiak nyamuk Aedes.
"Jika anda digigit berhampiran tapak binaan, maklumkan kepada NEA kerana mereka mengesan tapak binaan di mana pembiakan Aedes dikesan dan boleh mengeluarkan perintah henti kerja," tambahnya.
CDA juga menasihati mereka yang melawat kawasan yang terjejas chikungunya untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap gigitan nyamuk.
Selain menggunakan penghalau serangga yang berkesan, individu boleh memakai pakaian yang menutupi sebahagian besar badan mereka dan tinggal di bilik yang terlindung baik daripada serangga.
Pelancong yang berasa tidak sihat harus segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan doktor mereka tentang sejarah perjalanan mereka dan sebarang gigitan nyamuk. Mereka juga harus terus menggunakan penghalau serangga yang berkesan untuk mengelakkan menjangkiti nyamuk, yang kemudiannya boleh menyebarkan penyakit itu kepada orang lain.
Doktor dan makmal juga diwajibkan secara undang-undang untuk memberitahu CDA jika mereka mengesan sebarang kes chikungunya yang disyaki atau disahkan, kata agensi itu.
APA PERLU DILAKUKAN JIKA DIJANGKITI?
Seperti denggi, tiada ubat antiviral yang boleh memendekkan tempoh jangkitan chikungunya, kata Profesor Ooi.
"Rawatan oleh itu ditujukan untuk melegakan gejala, seperti analgesik untuk sakit sendi."
Mereka yang dijangkiti juga harus mendapatkan rawatan perubatan untuk memastikan bahawa mereka tidak menghidap denggi selain chikungunya, kata Dr Tambyah.
"Dari sudut pandangan kesihatan awam, individu harus memeriksa tempat kerja dan rumah mereka untuk memastikan bahawa mereka tidak membiak nyamuk Aedes supaya tiada orang lain di rumah atau tempat kerja dijangkiti."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.