Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG berdepan 'risiko tinggi' kemelesetan teknikal di tengah ketidaktentuan faktor luaran

Anggaran Waktu Membaca:
SG berdepan 'risiko tinggi' kemelesetan teknikal di tengah ketidaktentuan faktor luaran

Pemandangan latar langit bandar Singapura pada 23 September 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 26 May 2023 07:40AM Dikemas Kini : 26 May 2023 12:00PM
SINGAPURA: Singapura berdepan "risiko tinggi" terjerumus ke dalam kemelesetan teknikal pada suku kedua dengan cabaran dalam persekitaran luaran berterusan.

Demikian menurut beberapa pakar ekonomi sektor swasta pada Khamis (25 Mei).

Komen-komen tersebut dibuat selepas data rasmi bagi suku pertama menunjukkan ekonomi merosot 0.4 peratus berbanding tempoh tiga bulan sebelumnya berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku.

Ini menandakan pengunduran daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat 2022, menyebabkan ekonomi berdepan risiko kemelesetan teknikal, yang ditakrifkan sebagai dua penguncupan suku ke suku berturut-turut.

Pihak berkuasa mengekalkan unjuran mereka bagi pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada julat antara 0.5 dan 2.5 peratus, dengan kenaikan sebenar mungkin "pada sekitar titik tengah" julat ini.

Ekonomi kecil dan terbuka Singapura banyak bergantung kepada perdagangan, tetapi permintaan luar semakin lemah di tengah-tengah kelembapan ekonomi global, tekanan inflasi yang masih kuat dan kemerosotan dalam industri semikonduktor global.

Eksport domestik bukan minyak utama negara (NODX) sejak itu mencatatkan kerugian berturut-turut selama tujuh bulan. Pihak berkuasa pada Khamis juga menurunkan taraf ramalan 2023 untuk NODX berikutan prestasi "lebih buruk daripada jangkaan" pada suku pertama.

"Walaupun ia bukan senario kes asas kami, masih terdapat risiko tinggi bahawa ekonomi terjerumus ke dalam kemelesetan teknikal, sama ada pada (suku kedua) atau pada separuh kedua tahun itu," kata Encik Shivaan Tandon dari Capital Economics kepada Mediacorp.

“Meskipun ekonomi-ekonomi maju bertahan lebih baik daripada jangkaan awal, kami menjangkakan daya tahan itu akan pudar pada separuh kedua tahun ini, yang akan membebankan permintaan bagi eksport Singapura,” tambahnya.

"Dinamik ini meningkatkan risiko kemelesetan teknikal memandangkan sifat ekonomi Singapura yang dipacu eksport."

Sungguhpun demikian, sesetengah ahli ekonomi lebih optimistik.

Ahli ekonomi DBS Chua Han Teng tidak menjangkakan kemelesetan teknikal dan meramalkan pemulihan ekonomi pada separuh kedua 2023, menjadikan pertumbuhan setahun penuh kepada 2.2 peratus.

"Kami menyedari akan risiko penurunan dalam unjuran kami, dengan rentak pemulihan berterusan China selepas pandemik dan kemungkinan pemulihan dalam kitaran elektronik sebagai faktor utama untuk diperhatikan," katanya.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan