SG berdepan keadaan global lebih rumit, dedah PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong)
SINGAPURA: Rangka kerja berbilang hala harus dipelihara, meskipun persetujuan terhadap satu isu tidak dapat dicapai.
ketika di akhir Sidang Puncak G20, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata keadaan global tahun ini lebih rumit berbanding tahun lalu.
Salah satu cara untuk bergerak ke hadapan ialah bagi Singapura untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai pendapat yang sama, secara dua hala atau dalam kumpulan kecil.
Bercakap kepada media Singapura selepas sidang puncak dua hari itu, Encik Lee berkata acara tersebut menyaksikan penyataan bersama yang menyeluruh.
Ia merangkumi isu-isu yang harus ditumpukan negara-negara dan mengetengahkan beberapa bidang kerjasama seperti kecerdasan buatan (AI).
Insitusi-institusi pembangunan berbilang hala seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), serta isu-isu melibatkan negara-negara sedang membangun.

Namun Encik Lee berkata negara-negara tersebut sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang harus ditangani, namun bukan cara melaksanakannya.
"Banyak isu dibincangkan secara menyeluruh. Kita juga meletakkan prinsip, bagaimana untuk menanganinya. Namun secara spesifik, perkara penting dalam kerjasama tersebut, saya fikir ia memerlukan masa yang lama disebabkan keadaan sekarang," kata Encik Lee.
"Sebahagiannya disebabkan kepercayaan antara negara. Oleh itu, kita tidak dapat mencapai perjanjian," tambahnya.
Encik Lee juga berkata ketegangan antara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dengan China, serta Ukraine dengan Rusia, akan menjejas kerjasama berbilang hala.
Asas kerjasama berbilang hala adalah untuk berusaha bersama dan menghasilkan keadaan di mana setiap negara meraih kemenangan.
Namun, jika tiada kepercayaan antara negara dan dalam beberapa kes ada konflik, keadaan kalah menang akan wujud.
Encik Lee berkata walaupun keadaan global menjadi lebih rumit, negara kecil seperti Singapura perlu mengambil langkah-langkah untuk mencari bidang kerjasama, dengan rakan kongsi yang mempunyai pendapat yang sama.
"Dengan Persatuan Eropah (EU), kita mempunyai hubungan yang baik. Kita juga mempunyai Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dan perjanjian kerjasama dalam bidang digital. Kita mempunyai pelbagai kerjasama saintifik dan budaya lain.
"Dengan UK, kita baru sahaja meningkatkan hubungan kita kepada Kerjasama Strategik dan kerjasama teknologi. Mereka minat dengan tadbir urus AI, sama seperti kita, jadi kita akan berbincang bersama mereka. Atas dasar itu, negara-negara harus bekerjasama, ia bermakna kita harus bekerja lebih keras," tambah Encik Lee.
Pada awal Ahad (10 Sep), PM Lee bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der leyen.
Mereka menegaskan semula hubungan rapat antara Singapura dengan EU.
Encik Lee berkata perjanjian digital akan meningkatkan kerjasama dua hala dalam alam digital bagi kedua-dua pihak.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.