SG berdepan gelombang baru COVID-19, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Singapura berdepan dengan gelombang baru COVID-19 sedang lebih ramai orang melancong ke luar negara dan menyertai pelbagai keramaian hujung tahun.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ini bukanlah sesuatu di luar jangkaan.
Pemerintah katanya akan memantau dengan teliti perkembangan di luar negara.
"Akan ada gelombang baru tapi ia bukanlah sesuatu yang kami belum pernah saksikan. Saya akan katakan bahawa satu-satunya perkara yang perlu kami ingat adalah apa yang akan berlaku semasa musim sejuk di Hemisfera Utara, sama ada varian baru yang menjadi kebimbangan boleh muncul.
"Yang kedua adalah China, apabila China melonggarkan sekatannya. Nampaknya mereka sedang mengubah dasar dan jika mereka berbuat demikian, mereka kemungkinan besar akan mencatat lebih banyak kes jangkitan," kata Encik Ong.
Encik Ong berkata demikian di pinggir acara tahunan Siap Ke Sekolah.
Diajurkan buat kali ke-19, ia membantu sekitar 8,000 keluarga berpendapatan rendah mempersiapkan 16,000 kanak-kanak bagi penggal baru persekolahan yang bakal menjelang.
Mereka akan menerima baucar barangan sekolah bernilai hampir $300 untuk menampung kos pengangkutan, buku teks dan alat tulis.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.