SG berdepan 32 juta serangan penipuan tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu laporan berhubung jenayah siber menunjukkan bahawa Singapura mengalami 32 juta serangan penipuan tahun lalu.
Menurut firma analisis data LexisNexis, ini didorong oleh kenaikan urus niaga digital selepas pandemik.
Ia sekali gus membuka lebih banyak peluang bagi penjenayah siber memanfaatkan kelemahan-kelemahan yang ada.
Serangan tersebut banyak dilakukan oleh bot automatik, yang menyasarkan transaksi pembayaran e-dagang.
Jumlah serangan seumpama itu melonjak 146 peratus, iaitu lebih lima kali ganda berbanding purata global.
Serangan menyasarkan data identiti digital pula meningkat hampir dua kali ganda berbanding dua tahun lalu.
Para pelaku memanfaatkan khidmat-khidmat penstriman untuk membuat akaun palsu baharu dan mengambil alih akaun yang sedia ada.
Laporan tersebut juga mendedahkan, serangan ke atas pertubuhan-pertubuhan yang berpangkalan di Singapura melibatkan rangkaian-rangkaian penipuan antarabangsa.
Ini sedang penjenayah siber mengambil kesempatan ekonomi terbuka Singapura dan status negara ini sebagai satu hab kewangan.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.