Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG belum ambil alih tempat Hong Kong, kedua-duanya saling raih manfaat: Shanmugam

Tanggapan bahawa Singapura sudah mengatasi dan menggantikan Hong Kong memberikan terlalu banyak penekanan terhadap faktor-faktor jangka pendek, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar Singapura K Shanmugam pada Rabu (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tanggapan bahawa Singapura sudah mengatasi dan menggantikan Hong Kong memberikan terlalu banyak penekanan terhadap faktor-faktor jangka pendek, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar Singapura K Shanmugam pada Rabu (29 Mac).

Mengulas tentang perbandingan antara Singapura dengan Hong Kong sebagai hab kewangan di Asia, Encik Shanmugam berkata kedua-dua ekonomi boleh meraih manfaat daripada pertumbuhan masing-masing dan merancakkan rantau ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan China: Asia Tenggara di Singapura, anjuran South China Morning Post bersama Setiausaha Kewangan Hong Kong Paul Chan.

Menurutnya, topik Singapura dibandingkan dengan Hong Kong "diheboh-hebohkan" di media dengan naratif hanya satu sahaja dapat meraih manfaat di atas kesempatan yang lain.

"Secara jujurnya saya fikir ia berbeza sedikit, dan lebih kurang dramatik kerana masing-masing mempunyai kekuatannya, masing-masing mempunyai kawasan pedalamannya dan kedua-duanya boleh lakukan yang terbaik," katanya.

Hong Kong "mempunyai kaitan kukuh dengan kawasan pedalaman China" dan penyepaduan kewangan dengan tanah besar China, syarikat-syarikat dari tanah besar China meliputi lebih 75 peratus daripada permodalan pasaran dalam pertukaran saham Hong Kong.

Ia juga merupakan pusat yuan luar pesisir yang terbesar dan juga terletak di kawasan Greater Bay di China, yang mempunyai Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sekitar AS$2 trilion (S$2.6 trilion), katanya.

"Dan Beijing mahu Hong Kong maju, dan ini sungguh bermakna," kata Encik Shanmugam.

"BUKAN SITUASI SATU PIHAK UNTUNG, SATU PIHAK RUGI"

Beralih kepada Singapura, Encik Shanmugam berkata ia "sentiasa tempat yang terbaik untuk melabur", dan pendapatan yang diterima kini adalah selepas COVID-19, Singapura tampil lebih kukuh disebabkan bagaimana negara ini menangani pandemik.

"Ramai orang mendapati bahawa wang mereka selamat, dan mereka selamat, dengan sistem jagaan kesihatan bertaraf dunia dan dasar rasional," katanya.

"Para pelabur dari seluruh dunia melihat ke arah Singapura."

Beliau juga menarik perhatian kepada kenaikan stabil dalam aliran masuk bersih aset di bawah pengurusan.

Jumlah ibu pejabat di Singapura bertambah dari 400 pada penghujung 2020 kepada 700 sekarang.

Menurutnya, Singapura akan dapat terus maju selagi dua syarat dipenuhi: Bagi Asia atau sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya untuk terus berkembang; dan bagi Singapura untuk terus kekal "wajar" dari segi dasar pekerjaaan, cukai dan perniagaan.

"Atas dasar lokasi kedua-dua tempat, dan apa yang sudah Hong Kong dan Singapura capai sejauh ini, kedua-duanya boleh dan saya fikir dapat terus berkembang. Ia bukan satu situasi di mana jika satu pihak akan meraih keuntungan, maka satu lagi pihak akan mengalami kerugian," kata Encik Shanmugam.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan