SG bekerjasama dengan pihak antarabangsa bagi perjalanan udara lebih berkesan, selamat & mampan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang bekerjasama dengan pihak antarabangsa bagi perjalanan udara lebih berkesan, selamat dan mampan.
Ini menerusi pusat inovasi baru bagi kajian dan binaan teknologi udara seperti untuk lapangan terbang bijak dan sistem bebas manusia.
Semasa berucap kepada para penyedia khidmat pengemudian udara, Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata pusat itu akan membantu mencipta teknologi lebih cepat dan pada harga yang lebih murah.
Misalnya, Singapura sedang membangunkan sebuah sistem yang berupaya meramalkan konflik yang boleh berlaku di udara dan memberikan huraian untuk melencongkan penerbangan.
Ini menurut Encik Chee, akan membantu para pengawal trafik udara menjamin keselamatan penerbangan sedang ruang udara Singapura bertambah sibuk.
Singapura juga memeterai satu perjanjian dengan negara-negara Asia Pasifik bagi berkongsi data penerbangan.
Ini akan membantu semua pihak menguruskan lalu lintas udara lebih awal dan mengurangkan kelengahan dan gangguan kepada penerbangan.
Satu lagi perjanjian yang dimeterai juga akan menyaksikan lebih banyak penerbangan langsung ke bandar-bandar di Indonesia dan New Zealand bermula tahun depan.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ini adalah satu contoh yang baik bagaimana keperluan global sekarang yang akan datang ditangani.

Sumber : CNA/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.