SG batalkan rancangan calonkan Padang, bangunan bersejarah di sekitarnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Anggaran Waktu Membaca:
Padang dan bangunan-bangunan di sekitarnya. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)
Singapore cancels plans to nominate the Padang and historic buildings around it as a UNESCO World Heritage Site
- On Nov 3, the National Heritage Board (NHB) announced that Singapore would not proceed with nominating the Padang and the historic buildings around it, known as The Padang Civic Ensemble, as a UNESCO World Heritage Site.
- UNESCO’s preliminary assessment recognised the site’s historical significance in Singapore’s transition to an independent nation, but recommended a wider buffer zone, protection of views and development controls.
- NHB was concerned that these requirements would entail lengthy negotiations and could constrain future development and planning in the Civic District, including areas beyond the Padang.
- After reviewing the recommendations and consulting UNESCO and stakeholders, NHB remains committed to preserving the Padang and surrounding monuments, which already have the highest level of national protection.
- Pada 3 November, Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan Singapura tidak akan meneruskan pencalonan Padang dan bangunan bersejarah sekitarnya, The Padang Civic Ensemble, sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
- Penilaian awal UNESCO mengiktiraf kepentingan sejarah tapak itu dalam peralihan Singapura kepada negara merdeka, tetapi menyarankan zon penampan lebih luas, perlindungan pemandangan dan kawalan pembangunan.
- NHB bimbang syarat tersebut memerlukan rundingan berpanjangan dan boleh mengehadkan pembangunan serta perancangan masa depan di Daerah Sivik, termasuk kawasan di luar Padang.
- Selepas meneliti saranan dan berunding dengan UNESCO serta pihak berkepentingan, NHB tetap komited memelihara Padang dan monumen sekitarnya, yang sudah mendapat perlindungan tertinggi negara.
SINGAPURA: Singapura tidak akan meneruskan rancangan mencalonkan Padang dan bangunan bersejarah di sekitarnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, selepas satu penilaian mendapati langkah perancangan tambahan yang diperlukan boleh menjejas pembangunan masa depan di kawasan Daerah Sivik yang lebih luas.
Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Selasa (3 Nov) menyatakan penilaian awal UNESCO terhadap tapak yang dinamakan 'The Padang Civic Ensemble' mengenal pasti “cabaran besar” terhadap pencalonan tersebut.
Laporan penilaian awal itu menyarankan supaya diwujudkan zon penampan yang lebih luas daripada yang dicadangkan Singapura, selain melindungi pemandangan penting dari dan ke tapak berkenaan serta mengenakan kawalan terhadap pembangunan masa depan untuk memelihara nilai warisannya.
Namun, pelaksanaan langkah tersebut akan mewujudkan keperluan pertimbangan dan rundingan tambahan bagi perancangan dan pembangunan masa depan di Daerah Sivik yang lebih luas, termasuk kawasan yang terletak jauh di luar Padang, menurut NHB.
Sebagai contoh, Singapura perlu berunding dengan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai pembangunan masa depan yang mungkin menjejas nilai sejarah dan warisan tapak tersebut.
Ini termasuk pengubahsuaian bangunan sedia ada atau pembangunan baharu di kawasan sekitar yang boleh menjejas pemandangan penting dari dan ke Padang.
Pengarah Divisyen Pemeliharaan Tapak dan Monumen NHB Jean Wee berkata pihaknya sudah meneliti langkah tambahan yang disarankan dan kesannya terhadap rancangan masa depan bagi Daerah Sivik.
“Selepas dipertimbangkan, kami memutuskan untuk tidak meneruskan usaha mencalonkan The Padang Civic Ensemble sebagai Tapak Warisan Dunia Singapura yang seterusnya,” katanya.
Menurut NHB, keputusan itu mencerminkan keperluan untuk "mengimbangi pemeliharaan nilai warisan The Padang Civic Ensemble dengan mengekalkan fleksibiliti yang mencukupi bagi rancangan masa depan di Daerah Sivik".
NHB menyatakan keperluan UNESCO boleh berlanjutan selama berdekad-dekad dan berubah dari semasa ke semasa, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi jangka panjang sekiranya Singapura meneruskan pencalonan tersebut.
The Padang Civic Ensemble dimasukkan ke dalam senarai tentatif Singapura bagi status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Mac 2023 disebabkan nilai sejarahnya.
Proses penilaian awal secara sukarela bermula pada September tahun yang sama.
Laporan penilaian mengiktiraf kepentingan warisan 'The Padang Civic Ensemble', termasuk peranannya dalam peralihan Singapura daripada pemerintahan penjajah kepada sebuah negara merdeka serta kepentingannya sebagai contoh dataran sivik kolonial Britain di kawasan tropika.
Laporan itu turut mengakui potensi tapak tersebut untuk dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia.
ZON PENAMPAN LEBIH LUAS DIPERLUKAN
Menurut NHB, saranan supaya zon penampan diperluaskan mencerminkan penekanan UNESCO terhadap perlindungan lebih kukuh bagi Tapak Warisan Dunia.
NHB berharap para penilai akan mengambil kira keadaan unik Singapura sebagai sebuah negara kota yang kecil dan padat dengan pembangunan.
Namun, zon penampan yang lebih luas akan menimbulkan cabaran memandangkan terdapat bangunan tinggi di kawasan berdekatan, termasuk pembangunan baharu di sepanjang River Valley dan Beach Road.
Zon yang diperluaskan juga berpotensi menyebabkan bangunan komersial milik swasta tertakluk kepada sekatan perancangan tambahan.
NHB turut merujuk kepada beberapa contoh di luar negara mengenai kemungkinan kesan jangka panjang daripada keperluan pemuliharaan UNESCO.
Liverpool Maritime Mercantile City di Britain dilucutkan status Tapak Warisan Dunia pada 2021 selepas pembangunan yang dianggap UNESCO menjejas nilai warisan kawasan tersebut.
Di Seoul, Korea Selatan, UNESCO tahun lalu menggesa pihak berkuasa menggantung kelulusan sebuah kompleks bangunan tinggi di luar zon penampan Kuil Jongmyo kerana bimbang pembangunan itu boleh menjejas landskap sekitarnya.
NHB menyatakan pihaknya sudah berbincang dengan UNESCO untuk mendapatkan penjelasan mengenai laporan penilaian awal dan turut berunding dengan beberapa agensi pemerintah serta pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan bagi pencalonan tersebut.
Walaupun pencalonan tidak diteruskan, NHB menegaskan komitmennya untuk terus melindungi warisan Padang dan Monumen Negara di sekitarnya.
Padang dan bangunan utama dalam kawasan tersebut, termasuk Muzium Tamadun Asia (ACM), bekas Mahkamah Agung, bekas Dewan Bandaraya, Fullerton Hotel, Bangunan Parlimen Lama, Teater dan Dewan Konsert Victoria serta Katedral St Andrew, sudah diberikan tahap pemeliharaan dan perlindungan tertinggi di Singapura sebagai Monumen Negara.
Kebun Bunga Singapura kekal sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama dan satu-satunya di negara ini selepas disenaraikan pada 2015.
Singapura juga akan terus melindungi dan mewariskan warisan hidupnya, termasuk budaya penjaja dan kebaya yang sudah disenaraikan dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ternilai Kemanusiaan UNESCO.
Usaha pencalonan bersama beberapa negara bagi Chingay dan zapin juga sedang diteruskan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.