SG bantu selamatkan 30 orang selepas kapal nelayan terbalik 27km dari Pedra Branca
Anggaran Waktu Membaca:
Pedra Branca. (Gambar fail: TODAY)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Singapura menyelaraskan usaha bagi menyelamatkan 30 orang daripada sebuah kapal nelayan yang terbalik pada pagi Selasa (20 Mei), menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Dalam satu kenyataan, MPA menyatakan bahawa Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada kira-kira 7.20 pagi oleh kapal kontena berdaftar di Hong Kong, Cosco Development.
Kapal berdaftar di Indonesia, Facific Memory II, terbalik kira-kira 27 kilometer di timur laut Pedra Branca, yang berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura.
MRCC menyelaras operasi mencari dan menyelamat serta mengeluarkan siaran panduan pelayaran kepada kapal-kapal di kawasan itu bagi menghulurkan bantuan.
Ia juga memaklumkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia serta MRCC Malaysia.
Singapura mengarahkan kapal pengangkut pukal berdaftar di Liberia, Andros Spirit, untuk menyelamatkan mangsa di dalam air.
Semua 30 orang berjaya diselamatkan, menurut MPA, sambil menambah bahawa tiada rakyat Singapura terlibat dalam insiden tersebut.
Mereka yang diselamatkan telah diturunkan di Batam, Indonesia.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.