Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG bantu selamatkan 18 anak kapal dari kapal berdaftar Vietnam

Pihak berkuasa Singapura pagi tadi (11 Jan) membantu menyelamatkan 18 anak kapal daripada sebuah kapal pengangkut berdaftar Vietnam yang sedang tenggelam, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Anggaran Waktu Membaca:
SG bantu selamatkan 18 anak kapal dari kapal berdaftar Vietnam

(Gambar: Toanthang Shipping)

Diterbitkan : 11 Jan 2025 05:32PM Dikemas Kini : 11 Jan 2025 05:33PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura pagi tadi (11 Jan) membantu menyelamatkan 18 anak kapal daripada sebuah kapal pengangkut berdaftar Vietnam yang sedang tenggelam, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) yang dikendalikan oleh MPA, dimaklumkan oleh kapal kontena berdaftar Hong Kong, Nicolai Maersk, bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kapal kargo berdaftar Vietnam, Dolphin 18.

Kapal Vietnam itu dilaporkan berada kira-kira 274 batu nautika (507 kilometer) di barat daya Vung Tau, Vietnam, dan berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura.

MRCC menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat, selain menyiarkan siaran pengemudian kepada kapal-kapal di kawasan berkenaan untuk memantau dan melaporkan sebarang penemuan kapal Dolphin 18.

Pusat itu turut memaklumkan rakan-rakan sejawatan dari Vietnam mengenai kejadian tersebut.

Kapal Nicolai Maersk tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu dan berjaya menyelamatkan kesemua 18 anak kapal Dolphin 18 yang sedang menanti bantuan di dalam bot penyelamat.

"Kesemua anak kapal dilaporkan berada dalam keadaan sihat," menurut MPA.

Kapal Dolphin 18 dilaporkan telah karam, dan MRCC sudah mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal lain supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

Kesemua anak kapal Dolphin 18 akan turun dari kapal apabila kapal Nicolai Maersk berlabuh di Tanjung Pelepas, Malaysia.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan