Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG bakal tubuh pusat baharu bantu Asia Tenggara manfaatkan AI dalam jagaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memperkasa rantau Asia Tenggara menerusi huraian-huraian kecerdasan buatan (AI) yang dapat meningkatkan sektor penjagaan kesihatan.

Sebuah pusat baharu akan dilancarkan di Singapura pada separuh pertama tahun depan bagi mencapai matlamat tersebut.

Ia menyasarkan untuk melatih para karyawan sektor itu serta membangunkan tenaga kerja dalam bidang khusus tersebut.

Pusat itu juga akan membangunkan model-model AI yang berupaya mengenal pasti penyakit kronik.

Ini selain sistem pemantauan bagi mengesan lebih awal potensi wabak penyakit berjangkit dan menguruskan wabak itu dengan lebih baik.

Kesemua itu diumumkan di persidangan dwitahunan AI dalam jagaan kesihatan yang berlangsung hari ini.

Sebuah robot yang mengiringi jururawat turut diperkenalkan.

Dipanggil 'MiSSi', ia membantu jururawat dengan tugasan asas seperti memantau vital pesakit serta memberi ubat-ubatan.

Dengan prototaipnya sudahpun selesai dijalankan, 30 'MiSSi' akan dikerahkan ke wad-wad NUH tahun depan.

Sementara, sebuah chatbot WhatsApp dipanggil 'CHAMP' pula mengingatkan pesakit untuk mengemas kini bacaan vital mereka.

Setakat ini, lebih 9,000 pesakit sudahpun berdaftar ke chatbot itu yang diharapkan dapat menjangkaui lebih 150,000 pesakit.
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan