Skip to main content

Singapura

SG bakal sekat akses laman Asia Sentinel selepas arahan pembetulan POFMA gagal dipatuhi

Anggaran Waktu Membaca:
SG bakal sekat akses laman Asia Sentinel selepas arahan pembetulan POFMA gagal dipatuhi

Tangkapan skrin halaman utama laman berita Asia Sentinel pada 26 Mei 2023.

SINGAPURA: Penyedia khidmat akses Internet di Singapura diarahkan untuk menyekat akses para pengguna ke laman berita online Asia Sentinel.

Ini setelah ia gagal mematuhi arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Demikian menurut Kementerian Penerangan dan Perhubungan (MCI) pada Jumaat (2 Jun).

Laman berita online yang berdaftar di California itu dikehendaki menyertakan notis pembetulan di samping rencana yang diterbitkan pada 24 Mei lalu, yang mana Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan mengandungi beberapa kepalsuan.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) diarahkan untuk mengeluarkan arahan untuk menyekat akses selepas Asia Sentinel gagal mematuhi arahan pembetulan tersebut, nyata MCI dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

MCI menjelaskan bahawa arahan pembetulan yang dikeluarkan kepada Asia Sentinel memerlukan fakta-fakta untuk diletakkan di samping kepalsuan tersebut, supaya pengguna di Singapura boleh membaca kedua-dua versi dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

MCI menambah bahawa meskipun Asia Sentinel menjalankan notis pembetulan tersebut, ia tidak dilaksanakan mengikut syarat arahan pembetulan itu, yang mana notis pembetulan sepatutnya disertakan di bahagian atas rencana dan di bahagian atas halaman utama lamannya.

Arahan untuk menyekat akses juga mewajibkan penyedia khidmat internet untuk melumpuhkan akses para pengguna di Singapura ke laman berita itu.

Arahan bagi menyekat akses boleh dibatalkan sekiranya Asia Sentinel mematuhi "syarat penuh" arahan pembetulan seterusnya.

MHA menekankan pada Jumaat bahawa Asia Sentinel tidak perlu untuk menurunkan rencana yang diterbitkan pada 24 Mei itu. Laman berita tersebut malah, hanya dikehendaki memuat naik notis pembetulan tersebut selaras dengan cara yang ditetapkan.


Tinjauan Mediacorp pada 3.30 petang pada Jumaat mendapati bahawa notis pembetulan pada rencana Asia Sentinel diletakkan di bawah nota editor, yang menyatakan bahawa laman berita tersebut "mempunyai hak untuk memenuhi permintaan (pemerintah Singapura) pada masa depan" dan "kami berdiri teguh di samping laporan kami".

Notis pembetulan tersebut juga masih belum diletakkan di bahagian atas halaman utama laman itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita