SG bakal perluas rangkaian penerbangan dari Changi ke lebih 200 bandar jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan mengembangkan rangkaian penerbangan dari Lapangan Terbang Changi daripada 150 bandar kepada lebih 200 menjelang pertengahan 2030-an.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, ia adalah salah satu cara Singapura boleh terus kekal di hadapan di tengah-tengah persaingan sengit dalam sektor penerbangan sejagat.
Jumlah penumpang pengangkutan udara dijangka meningkat seganda menjelang 2040.
"Banyak syarikat juga sedang pesat mengembangkan rangkaian dan armada pesawat termasuk untuk menyediakan lebih banyak laluan penerbangan langsung. Lama kelamaan, pesawat tidak perlu lagi melalui Changi.
"Justeru, kita perlu meningkatkan daya saing dan menghasilkan sesuatu yang baharu untuk membezakan negara ini dari yang lain," tambah PM Wong.
Antaranya, meningkatkan produktiviti Lapangan Terbang Changi, khususnya dengan pembinaan Terminal 5 dan Makmal Penerbangan Antarabangsa.
Makmal ini adalah projek bersama antara lapan pemain industri, termasuk pengilang pesawat, Changi Airport Group dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).
Ia dijangka dibuka menjelang 2026, dengan projek pertama bermula tahun depan.
Ia bertujuan untuk menangani cabaran-cabaran dalam aspek keselamatan, daya penghasilan dan keupayaan.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.