SG bakal perkenal peraturan jualan kotak misteri bagi tangani risiko judi
Singapura akan memperkenalkan peraturan bagi penjualan kotak misteri atau 'blind box' untuk menangani risiko berkaitan judi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (12 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan memperkenalkan peraturan bagi penjualan kotak misteri atau 'blind box' untuk menangani risiko berkaitan judi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (12 Feb).
Menjawab soalan parlimen daripada Anggota Parlimen Dennis Tan (Parti Pekerja-Hougang) tentang sama ada pemerintah akan mewajibkan pendedahan kadar kebarangkalian bagi produk kotak misteri atau 'gacha', Encik Shanmugam berkata kementeriannya dan Penguasa Pengawalan Perjudian sudah mengkaji isu tersebut dan memutuskan untuk memperkenalkan syarat-syarat berhubung cara kotak misteri ditawarkan.
“Peraturan tersebut sedang dirangka,” kata Encik Shanmugam dalam jawapan bertulis.
Kotak misteri atau 'blind box' merujuk kepada bungkusan tertutup yang mengandungi patung atau barangan koleksi, di mana para pembeli tidak mengetahui barangan sebenar sehingga ia dibuka.
Akta Kawalan Perjudian membenarkan jenis perkhidmatan perjudian berisiko rendah tertentu, seperti cabutan bertuah, ditawarkan di bawah rejim lesen kelas, di mana tidak ada keperluan untuk memohon lesen daripada Penguasa Pengawalan Perjudian.
Penguasa itu menyatakan di laman webnya bahawa butiran lanjut berhubung syarat lesen kelas bagi kotak misteri akan disediakan kelak.
Agensi khidmat sosial TOUCH Community Services sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa aktiviti berasaskan peluang sedemikian boleh menimbulkan kebimbangan.
“Budaya yang semakin menormalisasikan permainan dan aktiviti berasaskan peluang seperti pembelian kotak misteri menimbulkan kebimbangan, khususnya bagi kanak-kanak dan belia,” kata Encik Shawn Soh, ketua kaunselor di jabatan kaunseling dan intervensi pertubuhan itu.
Kegagalan untuk mendapatkan barangan yang jarang ditemui (rare) juga boleh mencetuskan kebimbangan dan kemurungan, kata Encik Soh.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.