SG bakal perkenal garis pandu bantu tangani cuaca panas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura bakal memperkenalkan garis panduan bagi membantu orang ramai menghadapi serta melindungi diri daripada mengalami kecederaan haba, ekoran cuaca panas.
Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) menyatakan, garis panduan itu akan disediakan pada minggu-minggu mendatang, di mana cuaca dijangka menjadi lebih panas.
Para doktor mengalu-alukan langkah tersebut, sedang jumlah kes dengan gejala berkaitan tekanan cuaca panas meningkat 10 peratus sejak dua bulan lalu.
Gelombang panas di Singapura sudahpun mencecah paras rekod, dengan suhu mencatat 37 darjah Celsius bulan lalu, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun.
Semasa berucap di sebuah dialog mengenai kemampanan sumber global, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkongsi, bahawa pihaknya ingin membantu orang ramai menyesuaikan diri serta mengambil langkah berjaga-jaga berhubung suhu panas tersebut.
Para doktor yang Mediacorp temui akur, rangka kerja sedemikian bakal membantu.
Mentelah lagi, kesan akibat cuaca panas tidak semestinya menjejas mereka yang berada di luar rumah sahaja.
"Kita boleh jangkakan lebih banyak kes kecederaan dan kematian disebabkan cuaca panas," kata Cik Fu.
"Demi membantu dengan lebih baik lagi rakyat Singapura dan keluarga mereka, kementerian saya akan melaksanakan Rangka Kerja Nasihat Cuaca Panas dalam masa terdekat bagi membimbing kita merancang kegiatan kita, apa langkah yang boleh kita ambil untuk lindungi diri, serta pakaian yang wajar bagi kegiatan luar rumah berdasarkan ramalan cuaca," tambah Cik Fu.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.