Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG bakal perkenal bas mini, kenderaan muatan pandu sendiri di jalan raya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Nov 2024 10:23PM Dikemas Kini : 07 Nov 2024 12:31AM
SINGAPURA: Tidak lama lagi anda mungkin boleh melihat bas mini dan kenderaan muatan yang 'pandu sendiri' di jalan raya.

Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata, kenderaan berautonomi ini akan diuji di laluan mudah sebelum diperluaskan ke laluan lain.

Encik Chee berkata demikian sewaktu Kongres dan Pameran Pengangkutan Antarabangsa Singapura siang tadi (6 Nov).

"Ada mungkin tanya jika Singapura boleh bergerak lebih cepat dari segi ini, memandangkan teknologi sudah meningkat dengan ketara dan diuji di negara-negara lain. Kami ingin bergerak lebih cepat, dan inilah tujuan langkah-langkah terkini.

"Pun begitu, penting untuk berbuat demikian secara selamat dalam persekitaran bandar kita yang padat, dan juga memastikan bahawa pelbagai unsur ekosistem kami bersedia," kata Encik Chee.

Dua perniagaan sudah mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kenderaan pandu sendiri.

Syarikat Fairprice akan menggunakan kenderaan sedemikian untuk mengangkut barangan antara pusat pengedarannya.

Sebuah lagi syarikat akan menggunakan pembersih jalan raya elektrik di jalan raya yang tidak sesak pada waktu pagi.

Ia merancang untuk menambah jumlah peralatannya dalam beberapa tahun akan datang.

Pengarah, Kemampanan & Perniagaan Baharu Kumpulan Dr Adrian Ang berkata: "Masih ada satu lagi tahap, di mana ia berautonomi sepenuhnya dan pengendali keselamatan tidak akan berada dalam kenderaan, dan kenderaan tersebut akan bergerak di jalan raya sendiri dalam mod berautonomi sepenuhnya, yang juga dipantau oleh pusat arahan kami. "

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini dalam proses membeli bas mini pandu sendiri untuk diuji di bawah sebuah syarikat pengangkutan awam.

Ia akan bermula dengan perjalanan lebih mudah, yang kurang sesak dan tiada ramai penumpang.

Seorang pemandu keselamatan juga akan ada dalam kenderaan tersebut.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan