SG bakal perkenal Akta Bahaya Jenayah Online, kata MHA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan membentangkan undang-undang baru lewat tahun ini untuk menangani dengan lebih baik jenayah yang dilakukan di ruang siber, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo di Parlimen pada Isnin (27 Feb).
Jika diluluskan Parlimen, Akta Bahaya Jenayah Online yang dicadangkan akan memberikan Pemerintah kuasa untuk menghentikan atau memadam komunikasi online yang memberi laluan kepada jenayah di dunia fizikal, seperti menghasut keganasan.
Akta itu bertujuan untuk merapatkan jurang antara Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) yang berkuat kuasa pada 2019 serta Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) yang diluluskan di Parlimen pada 2021.
Cik Teo yang berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan, menarik perhatian, Akta Penyiaran dipinda baru-baru ini untuk "menangani bahaya yang menjejas keselamatan pengguna, seperti daripada pembulian siber dan kandungan yang mungkin menggugat keharmonian kaum dan agama".
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) kini boleh menangani kandungan online berbahaya yang boleh diakses pengguna di Singapura, tidak kira dari mana kandungan itu dimulakan atau dimuat naik.
Pemerintah juga boleh menyekat akses kepada kandungan yang berniat jahat dalam khidmat komunikasi online, termasuk wadah media sosial, kata Cik Teo.
"Namun, masih terdapat jurang. Ada kandungan online yang merupakan jenayah atau kandungan yang menghasut atau mencetuskan jenayah," tambahnya.
Jenayah-jenayah itu termasuk skim penipuan, mencetus gangguan ketenteraman awam besar-besaran di ruang online dan aktiviti siber yang berniat jahat seperti pancingan data dan penyebaran virus.
"Kami memantau perkembangan dengan teliti dan akan mengemas kini perundangan untuk melindungi rakyat dengan lebih baik lagi," kata Cik Teo di Parlimen.
Beliau menarik perhatian, bahaya online sering "berubah-ubah dan pelbagai bentuk" seperti kepalsuan, campur tangan asing dan bahan penderaan seksual yang tidak sesuai, manakala wadah media sosial juga dimanfaatkan untuk mencetuskan keganasan, melakukan penipuan besar-besaran dan pengedaran dadah.
Tambah Cik Teo lagi, terdapat "kata sepakat masyarakat antarabangsa bagi perundangan untuk mengatasi bahaya online", dengan United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU), Jerman dan Australia memperkenalkan atau mengusulkan undang-undang baru untuk mengawal selia ruang online.
Pada perbahasan Jawatankuasa Perbekalan 2021, MHA menyatakan ketika itu bahawa ia sedang mengkaji kawalan bagi menangani kesalahan jenayah yang dilakukan online.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.