SG bakal lancarkan 2 kapal selam baru kelas Invincible di Jerman
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail kapal selam Angkatan Tentera Laut Republik Singapura. (Gambar: Laman RSN)
SINGAPURA: Singapura sedang mengorak langkah untuk memperbaharui ^armada Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN). Ia akan melancarkan dua kapal selam barunya pada Selasa (13 Dis).
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan merasmikan upacara itu di Kiel, Jerman. Beliau akan disertai Canselor Jerman Olaf Scholz. Pelancarannya akan dilakukan isteri PM Lee, Cik Ho Ching.
RSN kelas Invincible kedua dan ketiga, diklasifikasikan sebagai kepal selam Jenis 218SG, adalah untuk menggantikan dua kapal selam Singapura buatan Sweden yang sudah beroperasi lebih 20 tahun.
Selain itu, Singapura membeli kapal-kapal selam Kelas Archer dan Kelas Challenger buatan Sweden itu sebagai kapal-kapal yang sudah terpakai.
Kapal-kapal selam baru itu pula lebih besar, masing-masing berukuran sepanjang 70 meter dan boleh menyelam dengan berat 2,200 tan.
Selain memuatkan 28 kakitangan, ia boleh mencapai kelajuan melebihi 10 knot semasa di permukaan dan 15 knot di dalam air.
Di samping itu, kapal-kapal selam tersebut boleh berada di dalam air 50 peratus lebih lama. Kelebihannya dari segi taktikal pula terletak pada keupayaannya untuk bergerak dan membawa lebih banyak senjata termasuk lapan torpedo.
Walaupun kedua-dua kapal selam tersebut dibuat dalam iklim Laut Baltik, ia sudah disesuaikan untuk mampu mengemudi perairan tropika yang lebih panas, cetek dan sesak.

Sumber : CNA/MU/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.