SG bakal labur hingga S$100 juta pertingkat rangkaian gentian kepada 10Gbps; kerja naik taraf mulai pertengahan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Rangkaian jalur lebar seluruh Singapura akan dinaik taraf dengan belanja sehingga S$100 juta, dengan lebih setengah juta isi rumah dijangka akan mendaftar dan meraih manfaat daripada kelajuan sehingga 10 gigabit sesaat (Gbps) menjelang tahun 2028, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Rabu (21 Feb).
Pelaburan besar-besaran itu diumumkan hampir dua dekad menyusuli pelaburan rangkaian jalur lebar pertama di seluruh negara, dengan kerja-kerja naik taraf itu akan dijalankan mulai pertengahan 2024 hingga 2026.
Rancangan pemerintah untuk memangkin pelaburan dalam bidang ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Kenyataan Belanjawan 2024 pada Jumaat (16 Feb).

Menurut IMDA, pelaburan masa lalu Singapura dalam rangkaian jalur lebar seluruh negara generasi pertama pada 2006 menyediakan asas bagi infrastruktur ketersambungan jalur lebar yang diyakini dan berkelajuan tinggi, sambil menyokong kepesatan transformasi digital.
Pelaburan awal ini membolehkan orang ramai dan syarikat-syarikat perniagaan untuk merealisasikan banyak faedah teknologi digital yang sedang digunakan sekarang.
"Ini juga ketara semasa pandemik COVID-19 di mana rangkaian jalur lebar merata negara membolehkan seluruh Singapura berhubungan dengan lancar dan terus bekerja dan belajar dari rumah," menurut IMDA.
Sambil mengambil kia bahawa sudah 18 tahun sejak pelaburan pertama, IMDA menegaskan bahawa sekarang tepat pada masanya untuk menaik taraf infrastruktur bagi memastikan ia kekal "bersedia untuk masa hadapan".
Singapura sudahpun berusaha untuk mencapai kelajuan rangkaian yang lebih tinggi, dengan ketersambungan dalam negeri 10Gbps menjadi keutamaan utama dalam Pelan Induk Keterhubungan Digital, yang diumumkan pada Jun tahun lalu.
Sesetengah penyedia khidmat seperti StarHub, Singtel dan MyRepublic, melancarkan tawaran jalur lebar 10Gbps pada tahun lalu.
"Bersama-sama dengan pelancaran khidmat 5G dan rangkaian Wi-Fi yang lebih pantas, rangkaian jalur lebar 10G seluruh negara akan menyediakan ketersambungan simetri 10Gbps. Ia akan menyokong mengekalkan daya saing global Singapura dan membuka peluang ekonomi yang selanjutnya."

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.