Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG bakal jadi tuan rumah Kejohanan Akuatik Dunia pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SG bakal jadi tuan rumah Kejohanan Akuatik Dunia pada 2025

Hab Sukan Singapura memaparkan logo Akuatik Dunia. (Gambar: Persatuan Renang Singapura)

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah Kejohanan Akuatik Dunia pada 2025, menjadikan negara ini yang pertama di Asia Tenggara berbuat demikian.

Demikian diumumkan badan pentadbir Akuatik Dunia pada Khamis (9 Feb).

Kejohanan Akuatik Dunia sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Renang Antarabangsa atau FINA, sebelum ia dinamakan semula bulan lalu.

Kejohanan itu adalah acara dwitahunan terulung yang menghimpunkan enam jenis sukan renang, polo air, terjun cantik, renang artistik, renang di air terbuka dan terjun tinggi.

Tarikh temasya itu masih belum disahkan, menurut kenyataan media bersama World Aquatics, Sport Singapore, Persatuan Renang Singapura dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Lebih 2,500 atlit mewakili 209 negara dijangka mengambil bahagian.

Acara kejohanan itu akan diadakan di Hab Sukan Singapura, Stadium Tertutup Singapura dan Pusat Akuatik OCBC yang mempunyai dua kolam renang 50 meter dan kemudahan terjun cantik.

Singapura sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam lima daripada enam sukan akuatik, dan juga tempat bagi Kejohanan Renang Remaja Akuatik Dunia pada 2015.

Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura, Keith Tan berkata, pemilihan Singapura sebagai tuan rumah mengukuhkan lagi kedudukan negara ini, sebagai destinasi sukan dan gaya hidup terkemuka di rantau ini.
 
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan