Skip to main content

Singapura

SG bakal jadi tuan rumah Anugerah Earthshot Putera William, sokong huraian iklim

Anggaran Waktu Membaca:
SG bakal jadi tuan rumah Anugerah Earthshot Putera William, sokong huraian iklim

Gambar: AP

Diterbitkan : 15 May 2023 12:36PM
SINGAPURA: Anugerah alam sekitar global yang diasaskan oleh Putera William dari Britain akan mengadakan majlis anugerah tahunan ketiganya di Singapura pada 7 November.

Anugerah Earthshot, yang diasaskan pada 2020, bertujuan untuk menyokong projek inovatif demi menangani perubahan iklim dan melindungi planet ini.

Lima pemenang diberikan £1 juta (S$1.67 juta) setiap satu untuk membantu mereka meningkatkan huraian alam sekitar mereka. Calon-calon akan diumumkan hujung tahun ini.

Mengumumkan destinasi anugerah 2023 pada hari Isnin (15 Mei), Putera William berkata: "Anugerah Earthshot diadakan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa huraian kepada beberapa cabaran alam sekitar terbesar yang kita hadapi ada di luar sana.

"Selepas dua tahun menemui idea dan inovasi yang berkesan, saya gembira kerana Anugerah Earthshot akan ke Singapura, di mana huraian-huraian inovatif Finalis 2023 kami akan diraikan."

Majlis itu akan menampilkan persembahan oleh "pemuzik dan artis terkenal dunia", menurut pihak penganjur dalam satu kenyataan media.

Mereka menambah bahawa buat pertama kalinya, majlis anugerah itu akan disertai dengan beberapa siri acara sebagai sebahagian daripada Minggu Earthshot.

Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Trust, Desmond Kuek, berkata pertubuhan itu berharap perkongsian itu "akan memacu tindakan dan usaha ke arah mewujudkan perubahan positif yang berkekalan untuk generasi akan datang".

Dr Steve Howard, naib pengerusi kemampanan di Temasek, berkata tindakan iklim memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak berkepentingan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita