SG bakal ganti DORSCON dengan rangka kerja 4 tahap keadaan kesihatan awam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura merancang untuk meminda Akta Penyakit Berjangkit (IDA) supaya ia "lebih fleksibel" serta berupaya menangani lebih banyak jenis senario, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (21 Mac).
Undang-undang yang membolehkan Kementerian Kesihatan (MOH) mengambil pelbagai tindakan kesihatan awam bagi menangani penularan penyakit, buat masa ini hanya merangkumi dua keadaan kesihatan awam tanpa sebarang situasi di tengah-tengah: Masa aman atau kecemasan.
Di bawah rancangan yang diusulkan, IDA yang dipinda itu akan mempunyai empat tahap situasi kesihatan awam, menggantikan rangka kerja Keadaan Sistem Respons Wabak Penyakit (DORSCON) yang mengikut warna.
Empat tahap itu adalah:
- Garis dasar: Ini merujuk kepada situasi yang tenang.
- Pengurusan penularan: Ini berlaku apabila patogen yang menjadi keprihatinan dikesan dan langkah-langkah mungkin perlu segera dilaksanakan untuk menangani penularan wabak. Ia termasuk pengesanan kontak dan kuarantin, menjalankan ujian, kawalan sempadan dan pemakaian pelitup.
- Ancaman kesihatan awam: Ini berlaku apabila langkah-langkah kawalan dan sekatan jangka panjang yang lebih tegas dan meluas diperlukan. Ia termasuk pelbagai langkah dan sekatan pengurusan selamat, sehingga dan termasuk pelaksanaan seakan-akan langkah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
- Kecemasan kesihatan awam: Ini di mana langkah-langkah yang amat tegas seperti perintah berkurung dan pengerahan aset dan tenaga manusia kesihatan awam mungkin dilaksanakan.
Berucap di Parlimen pada hari kedua perbahasan berhubung Kertas Putih COVID-19 pemerintah, Encik Ong berkata, undang-undang itu harus disemak semula dan dipinda agar menjadi lebih "bersiap siaga untuk masa hadapan".
"Ia lebih munasabah untuk memberitahu orang ramai bahawa terdapat penularan, ancaman atau kecemasan. Dan undang-undang menggariskan apa langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di bawah setiap keadaan," katanya.
Mengongsi pengalaman kementeriannya sewaktu pandemik, Encik Ong berkata, kuasa kecemasan di bawah IDA terlalu tegas dan berat berbanding langkah-langkah kesihatan awam dan pengurusan selamat yang diperlukan pada waktu itu.
"Walaupun COVID-19 merupakan satu krisis dan ancaman serius, kami tidak mengisytiharkannya sebagai darurat," katanya.
"Kami ingin menghadkan saiz kumpulan, tetapi bukan menghadkan pergerakan orang ramai. Kami tidak merancang untuk mengenakan perintah berkurung atau menggunakan Akta Pengerahan Sumber untuk menyelia sumber."
Sebaliknya, undang-undang sementara, yang baru-baru ini dilanjutkan buat lagi setahun, dikuatkuasakan untuk memberi kuasa sementara bagi saling melengkapi IDA.
Ia membolehkan pihak berkuasa mengerahkan pelbagai peralatan untuk menangani COVID-19 pada pelbagai peringkat berbeza, tanpa mengisytiharkannya sebagai darurat, katanya.
Pindaan pada IDA akan diperkenalkan di parlimen lewat tahun ini dan apabila diluluskan, pihak berkuasa "boleh dan berhasrat" menarik balik arahan kawalan sementara tersebut, ujar Encik Ong.
"Adakah ini akan mengelakkan orang ramai daripada membeli secara tergesa-gesa seperti yang disaksikan sewaktu COVID-19 apabila kami mengisytiharkan DORSCON Kuning dan Jingga? Tidak semestinya," kata Encik Ong.
"Sama ada masyarakat akan berasa cemas semasa sesuatu krisis banyak bergantung kepada maklumat yang mereka terima dan sama ada mereka tahu apa yang perlu dilakukan, untuk melindungi diri mereka dan menyumbang kepada daya tahan masyarakat."
Tambah Encik Ong: "Jika masyarakat mendengar khabar angin, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, mereka berkemungkinan bergegas ke pasar raya dan menyimpan stok tisu tandas dan mi segera.
"Tetapi saya yakin, dengan pengalaman SARS, H1N1 dan kini COVID-19, pemerintah lebih sedia maklum mengenai langkah-langkah yang diperlukan dan masyarakat Singapura lebih memahami apa yang harus dilakukan sewaktu krisis pandemik."

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.