Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG bakal ambil bahagian dalam penerbangan pertama guna data masa nyata

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura akan mengambil bahagian dalam penerbangan pertama di dunia yang dikendalikan menggunakan data masa nyata.

Kaedah tersebut dijangka memendekkan jangka masa perjalanan, meningkatkan keberkesanan penggunaan bahan pembakar, serta mengurangkan kesesakan di lapangan terbang dan ruang udara.

Ujian tersebut diadakan bulan depan dengan rakan-rakan kerja dari Thailand, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Menteri Pengangkutan S Iswaran mengumumkan demikian semasa mesyuarat para Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Encik Iswaran juga berkongsi idea Singapura berhubung kemampanan dalam bidang penerbangan.

Contohnya, usaha meneroka penggunaan alkohol sebagai minyak pesawat serta mengubah tenaga menjadi cecair pembakar.

Menurut Encik Iswaran, Singapura juga sedang menimbangkan penubuhan kelab pembeli korporat bagi penerbangan lebih mampan bagi menggalakkan pengguna awal agar mengambil tindakan kolektif.

Ini katanya boleh memberikan isyarat lebih kuat kepada industri penerbangan supaya mengambil tindakan.
Sumber : CNA/DY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan