SG, Bahrain teroka peluang pertingkat pelaburan, perjanjian dagangan bebas
Singapura dan Bahrain sedang meneroka cara-cara untuk mempertingkatkan perjanjian perdagangan bebas antara Singapura dengan Majlis Kerjasama Teluk.

Singapura dan Bahrain sedang bekerjasama dalam bidang menghuraikan pertikaian perniagaan antarabangsa. (Gambar: Dr Maliki Osman/Facebook)

Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman berkata demikian dalam catatannya di Facebook pada Selasa (11) Feb.

Dr Maliki berada di Bahrain bagi lawatan kerja selama tiga yang berakhir semalam (12 Feb).

Dr Maliki juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Abdullatif Rashid Al-Zayani bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang-bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan keupayaan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.