Skip to main content

Singapura

SG, Australia 'muktamadkan dengan ketara' rundingan perjanjian daya tahan ekonomi, bekalan penting

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Australia 'muktamadkan dengan ketara' rundingan perjanjian daya tahan ekonomi, bekalan penting

(Gambar: Kementerian Ehwal Luar)

SINGAPURA: Singapura dan Australia sudah "memuktamadkan dengan ketara" rundingan mengenai mengenai perjanjian daya tahan ekonomi dan bekalan penting, menurut empat menteri kedua-dua negara itu dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (17 Apr).

Protokol Ketahanan Ekonomi dan Bekalan Penting kepada Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Australia menyusul komitmen oleh Perdana Menteri Anthony Albanese dan Perdana Menteri Lawrence Wong pada 10 April untuk menyokong aliran bekalan penting antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan, rakan sejawatannya dari Australia, Penny Wong; Menteri Tenaga Manusia Singapura merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Singapura Tan See Leng; dan Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Don Farrell.

"Protokol itu mencerminkan keutamaan yang kami berikan antara satu sama lain berkenaan dengan perdagangan bekalan penting termasuk minyak petroleum, seperti diesel dan gas asli cecair," menurut kesemua pemimpin negara itu.

"Ia juga menunjukkan sifat saling melengkapi dan saling bergantung antara kedua-dua ekonomi kami."

Di bawah protokol itu, negara-negara berkenaan akan berusaha meningkatkan daya tahan ekonomi melalui cara seperti mengurus dan mengehadkan gangguan rantaian bekalan serta tidak mengamalkan larangan atau sekatan eksport ke atas bekalan penting antara mereka, kata para menteri.

Protokol itu juga merasmikan Dialog Ketahanan Ekonomi Australia-Singapura yang diiktiraf oleh perdana menteri kedua-dua negara dalam pengumuman pada 10 April.

"Dialog itu akan berfungsi sebagai mekanisme kerjasama mengenai daya tahan ekonomi dan perdagangan bekalan penting," menurut kedua-dua menteri.

"Protokol itu dibimbing oleh prinsip sebuah sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan yang terbuka, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai terasnya," katanya.

"Protokol itu akan berkuat kuasa apabila kedua-dua Singapura dan Australia sudah menyelesaikan proses domestik mereka."

Kedua-dua menteri mengalu-alukan protokol tersebut.

"Kesimpulan protokol ini, dan rundingan yang selesai, adalah pengesahan hubungan yang benar-benar istimewa yang kita ada dengan Australia," kata Dr Balakrishnan.

"Saya rasa kedua-dua rakyat Singapura dan Australia dapat meraih jaminan daripada hakikat bahawa kedua-dua pemerintah kita bekerjasama dengan begitu rapat dan berkesan."

Sementara itu, Cik Penny Wong berkata protokol itu menggambarkan "rakan-rakan kongsi boleh diyakini, dipercayai yang bekerjasama untuk menjamin bekalan tenaga dan penting" bagi penduduk mereka.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita