SG-Australia intai peluang perluas kerjasama bidang "inovatif"
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama rakan sejawatan dari Australia, Anthony Albanese, di Melbourne. (Petikan gambar: PMO)
MELBOURNE: Singapura dan Australia sedang mengintai peluang untuk memperluaskan lagi kerjasama mereka.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bahkan menyifatkan sebilangan bidang kerjasama baharu itu sebagai "inovatif", termasuk kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan hijau.
Beliau bertemu rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese, di Melbourne.
"Kami sudah memeterai MOU bagi Koridor Perkapalan Hijau dan Digital yang merangkumi pembinaan rantaian bekalan minyak yang mengeluarkan sifar atau hampir sifar gas rumah hijau, di laluan-laluan perkapalan antara Singapura dengan Australia," ujar PM Lee.
Ini menurutnya akan merancakkan lagi usaha kedua-dua negara untuk mencapai sifar sisa.
"Kami juga membangunkan satu set ketetapan bagi perdagangan bekalan elektrik rentas sempadan yang akan mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan pengeluaran karbon dan menjamin keselamatan tenaga," tambah PM Lee.
Kedua-dua pihak juga sedia maklum tentang kemajuan memberangsangkan yang dicapai dalam Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP), yang akan memasuki tahun kesepuluhnya pada tahun depan.
Ia akan sekali gus menandakan 60 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dengan Australia.
Selain hubungan dua hala, kedua-dua pemimpin juga akur betapa pentingnya hubungan peringkat serantau menjelang Sidang Puncak Khas ASEAN-Australia pada Rabu (6 Mac).
"Kedua-dua Australia dan Singapura secara amnya mempunyai aspirasi di mana kita bertindak, membina, menjalankan inovasi dan membuat sumbangan. Dengan semangat itulah, kita terus bekerja bersama-sama untuk mewujudkan persekitaran serantau yang diinginkan," kata Encik Anthony.
Persekitaran yang diinginkan, jelas beliau, adalah keadaan serantau yang terbuka dan berdaya bingkas.
"... di mana ASEAN, institusi-institusi diterajui ASEAN akan memainkan peranan penting, dan di mana segala perbezaan dan pertikaian dapat dihuraikan menerusi peraturan dan norma yang dipersetujui."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.