SG atur penerbangan ke Oman bagi pelawat terjejas akibat gangguan ruang udara Timur Tengah
Singapura sedang membuat persiapan bagi satu penerbangan khas ke Muscat, Oman, untuk pelawat asing yang terjejas akibat gangguan ruang udara di Timur Tengah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang membuat persiapan bagi satu penerbangan khas ke Muscat, Oman, untuk pelawat asing yang terjejas akibat gangguan ruang udara di Timur Tengah.
Penerbangan Singapore Airlines, SQ8002, akan berangkat dari Lapangan Terbang Changi Singapura pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan bahawa para penumpang terjejas yang ingin menaiki penerbangan tersebut perlu mendaftarkan hasrat mereka selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi pada 7 Mac menerusi laman web STB.
Bagi maklumat lanjut, para pelawat boleh menghubungi Talian Hotline Maklumat Pelancong STB di 1800 736 2000 atau mengirim emel ke stb_operations [at] stb.gov.sg, menurut agensi tersebut.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.