SG arah snek dalam mesin layan diri ditarik balik, disyaki mengandungi ganja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) mengarahkan sebuah syarikat untuk menarik balik penjualan snek yang diimport dan disyaki mengandungi tepung biji rami.
Piranha Power Pack Nuts yang dipasarkan dengan label dan kandungan rami, baru-baru ini dijual di mesin layan diri, menurut CNB dalam satu kenyataan media pada Jumaat (6 Jan).
"Nama botani pokok rami itu adalah cannabis sativa. Dalam erti kata lain, biji rami adalah ganja," menurut agensi penguatkuasaan dadah itu.
"Ini bermakna semua protein rami, serat, biji, minyak dan lain-lain yang diperoleh daripada tumbuhan itu adalah berasal daripada tumbuhan cannabis sativa."
Ganja dan semua dadah yang berkaitan dengannya disenaraikan dalam Kelas A dadah terkawal di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA).
"Selain itu, tetrahydrocannabinol (THC) adalah bahan kimia psikoaktif dalam ganja yang menyebabkan pengguna merasa khayal dan ada kesan sampingan kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaannya," menurut CNB.
"Sebarang produk yang diperoleh daripada tumbuhan cannabis sativa atau benihnya boleh mengandungi ubat terkawal seperti THC, walaupun label produk menunjukkan sebaliknya."
Siasatan oleh CNB masih dijalankan.
Agensi itu mengulangi dasar ketat Singapura iaitu yang tidak bertolak ansur sama sekali terhadap dadah terlarang.
"Pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penjualan dan penggunaan ubat terlarang atau produk yang mengandungi dadah terlarang, walaupun dalam jumlah kecil adalah satu kesalahan di bawah MDA," menurut CNB.
CNB mengingatkan pengimport bahawa sebarang produk yang mengandungi bahan rami tidak boleh diimport untuk dijual.
"Sesiapa yang membeli snek Piranha Power Pack Nuts tidak boleh memakannya dan harus membuangnya," tegas agensi itu.
Orang ramai digesa menghubungi CNB untuk mendapatkan nasihat atau bantuan jika mereka terjumpa produk makanan lain atau bahan yang disyaki mengandungi dadah terlarang.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.