SG arah Apple, Google laksana langkah cegah penipuan menyamar sebagai agensi pemerintah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (24 Nov) mengarahkan Apple dan Google supaya mengambil langkah-langkah bagi mencegah mesej penipuan yang menyamar sebagai agensi pemerintah Singapura di platform iMessage dan Google Messages.
Langkah-langkah ini bertujuan untuk menghalang penyamaran ID penghantar SMS “gov.sg” dan nama agensi pemerintah, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Selasa (25 Nov).
Penipuan penyamaran (spoofing) merujuk kepada teknik yang digunakan penjenayah siber untuk menyamar sebagai sumber yang dikenali atau diyakini.
Langkah mandatori tersebut termasuk menghalang akaun dan kumpulan sembang (group chat) daripada memaparkan nama yang menyerupai “gov.sg” atau agensi pemerintah, atau menapis mesej daripada akaun dan kumpulan sembang yang menggunakan nama sedemikian.
Apple dan Google juga mesti memastikan bahawa nama profil penghantar yang tidak dikenali tidak dipaparkan, atau dipaparkan dengan kurang ketara, berbanding nombor telefon mereka, kata MHA.
“Ini akan membantu pengguna mengenal pasti dan lebih berhati-hati terhadap penghantar yang tidak dikenali,” tambah kenyataan tersebut.
Arahan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh polis di bawah Akta Bahaya Jenayah Online memerlukan syarikat-syarikat tersebut mematuhi sebelum Ahad.
Apple dan Google menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi arahan tersebut, kata MHA.
“Kami menggesa orang ramai supaya sentiasa mengemas kini aplikasi iMessage dan Google Messages pada peranti mudah alih mereka untuk memastikan perlindungan antipenyamaran terkini dilaksanakan,” tambah kementerian itu.
<<BACA:
Penipu samar diri sebagai pegawai MAS, perdaya mangsa lebih S$1.1 juta; 24 orang diberkas
SG beri Meta hingga 30 Sep cegah, banteras penipuan samar diri di Facebook>>
Kes penipuan yang menyamar sebagai pegawai pemerintah semakin meningkat.
Menurut data polis, jumlah kes sedemikian melonjak hampir tiga kali ganda pada separuh pertama 2025, meningkat 199.2 peratus kepada 1,762 kes berbanding 589 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kes ini juga mencatat kerugian kedua tertinggi daripada semua jenis penipuan pada separuh pertama tahun ini, dengan kira-kira S$126.5 juta hangus.
Penipuan yang menyamar sebagai pegawai pemerintah merangkumi kira-kira 28 peratus daripada semua kes penipuan dan 34 peratus daripada jumlah kerugian penipuan sepanjang tempoh tersebut.
Bagi melindungi orang ramai daripada penipuan sebegini, agensi-agensi pemerintah menggunakan ID penghantar “gov.sg” untuk menghantar SMS bagi memudahkan orang mengenal pasti mesej pemerintah yang sah.
“Walaupun kami telah menguatkuasakan langkah ini dan perlindungan lain seperti Daftar ID Penghantar SMS (SSIR) pada SMS, ia kini tidak dilaksanakan bagi mesej yang dihantar melalui iMessage dan Google Messages,” kata MHA.
ID penghantar “gov.sg” tidak digunakan untuk menghantar mesej melalui iMessage dan Google Messages, kata kementerian itu.
Namun, sesetengah orang mungkin menganggap iMessage atau Google Messages yang mereka terima daripada akaun yang mendakwa daripada “gov.sg” adalah sah, kerana mesej tersebut dipaparkan bersama SMS, dan ia sukar untuk dibezakan.
“Polis telah mengesan penipuan yang melibatkan penyamaran ID penghantar SMS berdaftar SSIR lain pada iMessage dan Google Messages,” kata kementerian itu.
Ini termasuk lebih 120 kes melibatkan penyamaran SingPost, tambahnya.
“Oleh itu, perlu ada langkah untuk menghalang penyalahgunaan iMessage dan Google Messages oleh penipu.”
Akta Bahaya Jenayah Online, yang diluluskan pada Julai 2023, membolehkan pihak berkuasa mengarahkan para penyedia khidmat online untuk melaksanakan apa-apa sistem, proses atau langkah jika pihak berkuasa berpuas hati bahawa perkara ini perlu atau wajar untuk menangani kesalahan-kesalahan berkaitan.
Para penyedia khidmat online yang gagal mematuhi arahan tersebut tanpa alasan munasabah boleh didenda sehingga S$1 juta.
Bagi kes kesalahan yang berterusan, mereka boleh didenda sehingga S$100,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pemerintah Singapura sebelum ini mengarahkan Meta untuk melaksanakan langkah seperti pengecaman wajah bagi membendung penipuan penyamaran di Facebook.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.