SG, Arab Saudi tubuh Majlis Kerjasama Strategik, tingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Arab Saudi telah menubuhkan sebuah badan kerjasama dua hala yang baharu di peringkat kepimpinan tertinggi, untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti ekonomi, pertahanan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Menteri Luar Singapura dan Saudi menandatangani satu memorandum persefahaman pada Rabu (15 Jan) untuk menubuhkan Majlis Kerjasama Strategik Saudi-Singapura, yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dan Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman.
Kerjasama Strategik itu pertama kali diumumkan pada Oktober 2023 ketika lawatan Perdana Menteri ketika itu Lee Hsien Loong ke Arab Saudi.
Ia merupakan yang pertama antara Singapura dengan sebuah negara Timur Tengah, dan yang pertama bagi Arab Saudi di Asia Tenggara.
“Memorandum persefahaman yang baru kami tandatangani adalah satu detik penting dalam hubungan antara Kerajaan Arab Saudi dan Republik Singapura,” kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi itu.
Beliau berkata penubuhan majlis itu akan membolehkan ketua pemerintah kedua-dua negara "bertemu secara kerap dan merangka hala tuju strategik untuk mengembangkan kerjasama dua hala kami".
Kedua-dua pihak akan menubuhkan beberapa jawatankuasa di peringkat menteri, untuk meningkatkan hubungan politik, ekonomi, pertahanan, keselamatan dan hubungan antara rakyat, kata Dr Balakrishnan.
Mesyuarat pertama majlis itu akan diadakan pada satu tarikh yang sesuai.
HUBUNGAN LEBIH KUKUH SG-SAUDI "TEPAT MASANYA"
Menurut Dr Balakrishnan, pengukuhan hubungan Singapura dengan Arab Saudi adalah "tepat pada masanya".
“Di peringkat politik, kami telah mengekalkan hubungan yang sangat erat dan kami sentiasa mencari jalan untuk mengukuhkan kerjasama kami,” tambahnya.
Beliau berkata dalam tempoh 14 bulan selepas lawatan Encik Lee, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar 14 lawatan di peringkat menteri, dengan purata satu sebulan.
Dari segi ekonomi, Arab Saudi juga merupakan rakan dagangan penting bagi Singapura, dengan perdagangan dua hala dalam barangan mencecah S$10.6 bilion pada 2023 dan masih "berkembang dengan baik", kata Dr Balakrishnan.
“Syarikat terkemuka Saudi telah mewujudkan kehadiran ketara di Singapura, termasuk Aramco dan Saudi Basic Industries Corporation, yang melabur S$220 juta untuk membuka kilang keduanya awal tahun ini,” katanya.
Pelaburan langsung dari Arab Saudi berjumlah S$4.1 bilion pada akhir 2022, tambah beliau, dan Singapura mengalu-alukan lebih banyak firma Saudi untuk memanfaatkan negara ini sebagai "pintu masuk ke rantau kita".
Beliau menambah bahawa Arab Saudi pula menawarkan "peluang niaga yang menarik" untuk firma Singapura juga.
"Ia mempunyai pasaran terbesar dalam Majlis Kerjasama Teluk serta penduduk yang muda, dinamik, bersemangat dan mewah," kata Dr Balakrishnan.
“Wawasan 2030 Arab Saudi pula sangat menarik dan bercita-cita tinggi. Ia adalah pelan induk berfikiran ke hadapan yang menawarkan peluang besar, termasuk untuk syarikat Singapura.”

Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Bin Farhan Al Saud berkata majlis baharu itu membolehkan kedua-dua pihak mengukuhkan kerjasama merentasi pelbagai sektor, khususnya berhubung inisiatif Wawasan 2030.
“Kerajaan kami komited untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan pelaburan dengan Singapura,” katanya sambil meambah bahawa jumlah perdagangan antara kedua-dua negara melebihi AS$1 bilion (S$1.37 bilion) pada tahun lepas.
“Singapura adalah salah satu hab kewangan terpenting di dunia. Kami akan terus berusaha untuk merebut peluang baharu untuk mencapai manfaat ekonomi yang lebih besar selaras dengan keupayaan kedua-dua negara kita dan sejajar dengan kepentingan bersama kita.”
LEBIH DARIPADA KERJASAMA EKONOMI
Dr Balakrishnan berkata Arab Saudi adalah penting bagi masyarakat Islam Singapura, kerana ia adalah penjaga dua Masjid Suci di Makkah dan Madinah.
Beliau berkata Singapura berterima kasih atas komitmen kerajaan Saudi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji Singapura.

"Kami sentiasa berharap Arab Saudi akan memberi pertimbangan positif kepada permintaan untuk menambah kuota haji, yang akan membolehkan lebih ramai umat Islam Singapura menunaikan kewajipan agama mereka," katanya.
Arab Saudi juga memainkan peranan penting dalam menghimpunkan masyarakat antarabangsa ke arah penyelesaian konflik di Gaza dan tempat bermasalah lain di Timur Tengah, dan dalam menyelaraskan usaha kemanusiaan antarabangsa di Gaza, kata Dr Balakrishnan.
“Kami berharap gencatan senjata dapat dicapai secepat mungkin, pembebasan segera semua tebusan, dan bantuan dapat disampaikan dengan berkesan kepada semua orang awam di Gaza secepat mungkin,” katanya.
“Kedua-dua Arab Saudi dan Singapura akur bahawa huraian dua negara yang dirundingkan mengikut resolusi Majlis Keselamatan PBB adalah satu-satunya laluan yang berdaya maju ke arah keamanan yang berkekalan.”

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.