SG, Arab Saudi perkukuh hubungan dua hala, pertingkat hubungan kepada 'kerjasama strategik'

(Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan/Fyrol)
Demikian menurut Menteri Luar kedua-dua negara dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (21 Okt).
Ia diumumkan selepas pertemuan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman pada Rabu (18 Okt).
Kedua-dua pemimpin itu "menyemak semula hubungan bersejarah" antara kedua-dua negara serta "keupayaan untuk memperdalam hubungan mereka dalam kesemua bidang".
Kedua-dua pihak akur terhadap kemajuan baik yang dicapai Jawatankuasa Bersama Singapura Arab Saudi (SSJC), yang mengadakan sesi ketiganya pada 17 Oktober.
"Kita bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala yang baik dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga bersih, ekonomi digital dan pembangunan sektor awam," tulis Encik Lee dalam catatannya di Facebook pada Khamis (19 Okt).
Kenyataan bersama itu menjelaskan kedua-dua negara menekankan kepentingan bekerjasama untuk meningkatkan dan mempelbagaikan perdagangan dua hala, dengan memanfaatkan dan memperhalusi Perjanjian Perdagangan Bebas Majlis Kerjasama Teluk - Singapura.
Kedua-dua negara tersebut juga membincangkan tentang usaha iklim, dan menekankan keperluan untuk "membina dan melaksanakan perjanjian iklim dengan memberi tumpuan kepada pengeluaran dan bukan sumber", dedah Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Luar Arab Saudi.
Pada akhir lawatan tersebut, Putera Mahkota Mohammed bin Salman "meluahkan harapannya bagi kesihatan dan kesejahteraan Perdana Menteri Lee, dan kemajuan serta kemakmuran yang bertambah bagi rakyat Singapura," tambah kenyataan bersama itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.