SG anjur lebih banyak acara perniagaan bagi pacu pertumbuhan pelancongan jangka panjang
Singapura meningkatkan usahanya untuk menarik lebih banyak mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju pelancongan jangka panjangnya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura meningkatkan usahanya untuk menarik lebih banyak mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju pelancongan jangka panjangnya.
Antara inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk sokongan praktikal bagi kumpulan perdagangan tempatan dan dewan untuk membantu mereka merancang dan mengadakan acara di sini.
Pelan Pelancongan Singapura 2040 - didedahkan pada 2025 - menyasarkan untuk meningkatkan perbelanjaan pelancongan antara S$47 bilion dengan S$50 bilion menjelang 2040, naik daripada jumlah rekod S$29.8 bilion pada 2024, sedang Singapura mengalihkan tumpuannya kepada pelancongan bernilai tinggi.
Acara perniagaan dijangka menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan itu.
Para pelawat yang menghadiri acara-acara MICE membelanjakan kira-kira dua kali lebih banyak daripada pengunjung biasa, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Di bawah pelan itu, STB merancang untuk menaikkan sebanyak tiga kali ganda perbelanjaan pelancongan MICE berbanding tahap sedia ada menjelang 2040.
ACARA-ACARA BAKAL DIADAKAN
Singapura mencatatkan perbelanjaan pelancongan sebanyak S$1.7 bilion daripada acara perniagaan pada 2024, mencecah jumlah sebanyak S$1.4 bilion pada 2019 sebelum berlaku pandemik COVID-19, kata Encik Poh Chi Chuan, pengarah eksekutif STB bagi pameran dan persidangan.
Sektor MICE juga menyaksikan momentum kukuh pada 2025 dan acara-acara utama dijangka mendorong lagi pertumbuhan itu, kata Encik Poh kepada Mediacorp.
Antara acara menarik pada tahun lalu adalah acara-acara seperti Festival FinTech Singapura pada November, kata Encik Poh.
Pameran industri kewangan itu menarik lebih 70,000 peserta daripada 142 negara dan rantau.
ITMA ASIA + CITME, sebuah pameran mesin tekstil berskala besar yang diadakan pada Oktober di Singapore Expo, dilaporkan menarik lebih 26,600 delegasi.
Memandang ke hadapan ke 2026, Pertunjukan Udara Singapura - yang akan berlangsung pada Selasa depan (3 Feb) hingga Ahad - akan memulakan kalendar acara tahun ini, dengan hampir 60,000 pengunjung dijangkakan di edisi ke-10 acara dwitahunan itu, kata Encik Poh.
Singapura juga mendapatkan pameran baharu seperti Expo Terminal Penumpang Asia, iaitu sebuah pameran perdagangan industri lapangan terbang pada September.
Satu lagi adalah Breakbulk Asia, yang tertumpu pada sektor logistik dan maritim yang dijadual berlangsung pada November.
Dari sudut persidangan, Singapura akan menghoskan Herbalife Asia Pasific Extravaganza pada Jun.
Acara kesihatan dan kesejahteraan itu dijangka menarik 25,000 pengunjung, menurut STB sebelum ini.
Tahun ini juga menyaksikan penganjuran semula acara dwitahunan seperti Pameran dan Mesyuarat Pergigian Antarabangsa pada April dan Pameran Perubatan Asia pada September.
"Tahun ini akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk kita," kata Encik Poh.
BINA KEUPAYAAN TEMPATAN
Selain acara-acara utama, STB juga tertumpu terhadap pembinaan keupayaan tempatan dan mempelbagaikan tawaran MICE Singapura.
Di bawah memorandum persefahaman selama dua tahun yang dimeterai pada 2025, lembaga itu bekerjasama dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) untuk melengkapkan persatuan perdagangan tempatan dengan kemahiran untuk membida dan menghoskan mesyuarat persatuan.
Ini termasuk menghasilkan kandungan baharu bagi Sidang Puncak Dewan dan Persatuan Perdagangan SBF pada tahun ini, bertujuan untuk membantu persatuan-persatuan lebih memahami cabaran mempengerusikan mesyuarat antarabangsa.
Sidang puncak itu yang diadakan buat kali pertama tahun lalu, menghimpunkan para pemimpin dan karyawan dalam sektor itu untuk membina rangkaian dan berkongsi amalan terbaik.
Selain itu dapat rancangan untuk membantu persatuan-persatuan menganjurkan mesyuarat dengan lebih baik, kata Encik Poh.
Inisiatif-insiaitif itu akan membantu membawa kepimpinan pemikiran global ke Singapura dan menghubungkan perusahaan tempatan dengan kepakaran global, tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.