SG, Amerika 'setuju henti rundingan' jadikan Guam pangkalan jet pejuang F-15SG RSAF
Anggaran Waktu Membaca:
Jet pejuang F-15SG Angkatan Udara Republik Singapore. (Gambar: Facebook/MINDEF)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Rancangan untuk menempatkan l2 jet pejuang F-15SG Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam dihentikan, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) pada Selasa (12 Ogos).
Selepas menyemak semula keperluan latihan RSAF, MINDEF dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) "bersetuju secara bersama untuk menghentikan rundingan mengenai detasmen latihan jet pejuang RSAF di Guam".
"RSAF akan meneruskan latihan-latihan singkat dan berkala di Guam, seperti detasmen latihan pejuang yang bakal diadakan dari Oktober hingga November 2025," tambahnya.
MINDEF menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam detasmen baharu latihan pejuang di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Ebbing di Fort Smith, Arkansas, yang bakal menjadi tuan rumah bagi latihan pejuang F-35 RSAF pada masa akan datang.
“Singapura dan Amerika menjalin kerjasama pertahanan dua hala yang kukuh yang sudah wujud sekian lama,” menurut MINDEF.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atas sokongan berterusannya kepada detasmen latihan RSAF di Amerika Syarikat, yang penting untuk mengasah keupayaan operasi RSAF."
Rancangan untuk menempatkan jet pejuang RSAF F-15SG dan sokongan misi berkaitan di Guam diumumkan pada 2023, berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 2019 oleh MINDEF dengan DoD.
Perjanjian itu membentangkan rangka kerja untuk latihan di Guam, yang akan membolehkan RSAF mengerahkan semula dan menarik balik dengan pantas aset-aset ke Singapura apabila diperlukan.
Ia sepatutnya menjadi detasmen keempat RSAF di Amerika dan yang paling serupa dengan di Singapura.
Bagaimanapun, Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat (DAF) menyatakan bulan lalu bahawa ia akan membatalkan rancangan itu susuli kajian mengenai kesan terhadap alam sekitar.
"DAF tidak akan meneruskan dengan rancangan menempatkan sehingga 12 pesawat F-15 RSAF" di Pangkalan Tentera Udara Andersen, menurut rekod dokumen keputusan yang ditandatangani oleh Pemangku Penolong Setiausaha Tentera Udara Michael Saunders pada 16 Julai.
Dokumen itu, yang menilai kesan alam sekitar disebabkan pembinaan infrastruktur baharu di pangkalan itu, menyatakan bahawa DAF sudah menimbangkan kesan terhadap pelan itu serta alternatifnya.
"DAF juga menimbangkan faktor berkaitan pertahanan negara, termasuk sokongan misi, prasarana, cuaca, kapasiti, kriteria alam sekitar, kos, dan rancangan ketenteraan," tambahnya.
DAF Amerika Syarikat juga tidak akan meneruskan pembinaan kemudahan simpanan peluru.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudah berlatih di Guam sejak 1990-an.
RSAF sebelum ini mengerahkan pesawat pejuang ke Pangkalan Tentera Udara Andersen bagi latihan dengan Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.