SG, Amerika ingin perkukuh kerjasama pertahanan khususnya dalam AI
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (kiri) dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin. (Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)
This audio is generated by an AI tool.
Ini disuarakan semasa pertemuan antara Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin menjelang Forum Keselamatan Aspen di Colorado.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menegaskan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara, selain membincangkan soal pelibatan Amerika di rantau Asia Pasifik.
Dr Ng menzahirkan penghargaan atas sokongan Washington untuk membenarkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan latihan di Amerika.
Ini termasuk berlatih di pangkalan-pangkalan udara Amerika untuk skuadron jet-jet pejuang RSAF jenis F-16 dan F-15.
Dr Ng turut menyentuh tentang bantuan Amerika yang membenarkan RSAF membeli jet-jet pejuang terbaharu F-35.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.