SG 'amat prihatin' terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah termasuk pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura pada Khamis (1 Ogos) menyuarakan keprihatinannya terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah, termasuk pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
Kematian Encik Haniyeh, yang disebabkan oleh bedilan peluru berpandu di ibu kota Iran, Tehran pada Rabu (31 Jul) telah meningkatkan lagi kebimbangan perang di Gaza akan bertukar menjadi konflik Timur Tengah yang lebih meluas.
Kematian ketua cabang tentera Hamas Mohammed Deif dalam serangan yang dilancarkan oleh Israel pada bulan lalu disahkan oleh tentera Israel pada Khamis (1 Ogos), manakala komander kanan Hezbollah, Fuad Shukr juga terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu kota Lubnan, Beirut pada awal minggu ini, meningkatkan lagi risiko ketegangan akan terus memuncak.
"Singapura amat prihatin dengan perkembangan terkini di Timur Tengah, termasuk pembunuhan pemimpin politik Hamas di Iran yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata di Gaza," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (1 Ogos).
"Ini menimbulkan risiko pada usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang akan membolehkan semua tebusan dibebaskan dan memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza."
Sebagai ketua politik Hamas, Encik Haniyeh menyelia rundingan untuk perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza dan membebaskan saki-baki tebusan yang ditahan di wilayah itu sebagai pertukaran untuk membebaskan para tahanan Palestin di Israel.
"Singapura menyeru semua pihak supaya mengambil langkah-langkah bagi mengelak daripada memburukkan lagi ketegangan dan menghindarkannya merebak lebih meluas," kata jurucakap MFA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.