SG 'amat bimbang' tentang 'konfrontasi tentera' India-Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

Anggota keselamatan mengepung jalan berhampiran lokasi serangan di Muzaffarabad, ibu negara Kashmir yang ditadbir Pakistan, pada 7 Mei 2025. (Gambar: AFP/Sajjad Qayyum)
SINGAPURA: Singapura pada Jumaat (9 Mei) menyatakan ia "amat bimbang" mengenai "konfrontasi ketenteraan" yang sedang berlaku antara India dengan Pakistan, sambil menggesa kedua-dua pihak untuk meredakan ketegangan.
"Singapura amat bimbang tentang konfrontasi ketenteraan yang sedang berlaku antara India dan Pakistan berikutan serangan pengganas yang kejam di Pahalgam, Jammu dan Kashmir, pada 22 April," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.
"Kami menyeru kedua-dua pihak untuk mengendurkan ketegangan melalui cara diplomatik dan memastikan keselamatan semua orang awam."
Singapura pada 23 April mengutuk keras serangan tersebut. Secara berasingan, ia juga menasihati rakyatnya supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Jammu dan Kashmir di India, dan ke Pakistan, serta menggesa pelancong untuk berwaspada, terutamanya di kawasan sempadan antara Pakistan dan India.
Keganasan paling buruk antara dua negara jiran bersenjata nuklear itu dalam dua dekad ini berlaku dua minggu selepas New Delhi menyalahkan Islamabad kerana menyokong serangan ke atas pelancong di bahagian Kashmir yang ditadbir India pada 22 April, yang mengorbankan 26 orang.
Pakistan bagaimanapun menolak dakwaan India, meminta siasatan bebas dijalankan terhadap serangan tersebut.
Serangan itu diikuti dengan serangan udara balas India ke atas "kubu pengganas" pada Rabu, dan kedua-dua negara berbalas tembakan dan pembedilan merentasi sempadan, serta menghantar dron dan peluru berpandu ke ruang udara satu sama lain sejak itu.
Lebih 50 orang maut dalam keganasan tersebut.
SERUAN LAIN BAGI REDA KETEGANGAN
Negara-negara merata dunia, dari Amerika Syarikat hingga China, menggesa kedua-dua negara itu supaya meredakan ketegangan, dengan Naib Presiden Amerika JD Vance pada Khamis mengulangi seruan negara itu untuk meredakan ketegangan.
"Kami mahu perkara ini diredakan secepat mungkin. Kami bagaimanapun tidak boleh mengawal negara-negara ini," katanya dalam temu bual di Fox News.
Beberapa negara pula menawarkan diri untuk bertindak sebagai pengantara, dan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bertemu rakan sejawatannya dari India Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi pada Khamis, beberapa hari selepas melawat Pakistan.
Menteri Negara Ehwal Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir pula dijadualkan melawat Pakistan pada Jumaat, menurut seorang pegawai kanan Pakistan.
Encik Adel Al-Jubeir juga berada di India pada Khamis dan turut bertemu Jaishankar, yang berkata beliau "berkongsi perspektif India tentang menentang pengganasan dengan tegas" dengannya.
Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif memberitahu parlimen bahawa Islamabad "bercakap setiap hari" dengan Arab Saudi, Qatar dan China tentang mengurangkan krisis tersebut.
Turut menangani krisis tersebut pada Khamis ialah Amnesty International, yang menyatakan bahawa pihak-pihak yang berperang "mesti mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi orang awam dan mengurangkan sebarang penderitaan dan korban".
Sejak mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial British pada 1947 dan menjadi negara berasingan, India yang majoritinya Hindu dan Pakistan yang majoritinya Islam telah mengalami hubungan yang tegang.
Kashmir, sebuah wilayah yang majoritinya umat Islam, dibahagikan antara mereka tetapi dituntut sepenuhnya oleh kedua-duanya.
Ia telah menjadi titik konflik utama antara kedua-dua negara, dengan dua daripada tiga peperangan mereka telah dilancarkan untuk mengawal wilayah tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.