SG alu-alukan semakan semula Konsensus Lima Perkara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Mast Irham)
JAKARTA: Singapura mengalu-alukan semakan semula pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, iaitu rancangan keamanan ASEAN untuk menangani krisis politik di Myanmar.
Ia menyediakan mekanisme perundingan tidak rasmi yang terdiri daripada Pengerusi ASEAN sebelum ini, semasa dan akan datang untuk melibatkan semua pihak berkepentingan negara ASEAN.
Bercakap di Sidang Puncak ASEAN di Jakarta pada Selasa (5 Sep), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata ia akan menyelesaikan isu Pengerusi ASEAN akan datang, tanpa mengira situasi di Myanmar.
Semakan semula Konsensus Lima Perkara dilaksanakan kerana tiada kemajuan untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.
Selepas dua tahun, keadaan tidak bertambah baik.
Pelan keamanan itu menggesa Myanmar menamatkan permusuhan dan mengadakan dialog yang melibatkan semua pihak di negara itu.
PM Lee berkata semakan semula pelan tersebut akan membolehkan ASEAN meneruskan agenda pentingnya, tidak kira keadaan di Myanmar.
Beliau berkata hanya dengan bersatu berdepan isu-isu utama rantau tersebut seperti isu di Myanmar, ASEAN boleh memastikan ia terus relevan dan memberikan tumpuan.
Menurut PM Lee, kewibawaan ASEAN bermaksud meningkatkan penglibatan rakan kongsi luar negara secara terbuka dan inklusif.
Beliau berkata Tinjauan ASEAN terhadap Indo-Pasifik (AOIP) menawarkan platform untuk melakukan demikian.
Platform tersebut yang dilancarkan pada 2019, diharap dapat membawa kuasa besar bersama untuk merundingkan kedamaian dan kemakmuran melalui kerjasama dan pembangunan.

Encik Lee menarik perhatian terhadap kemajuan baik dalam mengukuhkan proses tindakan ASEAN, proses yang digunakan blok itu dalam keadaan kecemasan.
"Pada Rabu (6 Sep), pemimpin ASEAN akan bertemu dengan rakan dialog mereka dan salah satunya adalah China. Isu panas tentang pertikaian maritim di Laut China Selatan mungkin dibincangkan," kata Encik Lee.
"Beijing baru-baru ini mengeluarkan peta baharu yang mencetuskan bantahan dari beberapa anggota negara ASEAN yang mungkin dapat mengeluarkan kenyataan bersama di Sidang Puncak ini untuk menangani tindakan China di Laut China Selatan," tambahnya.

Sumber : CNA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.