Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG alu-alukan keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2022 04:38PM Dikemas Kini : 11 Nov 2022 11:14PM
PHNOM PENH: Pemimpin ASEAN bersetuju pada prinsipnya untuk untuk membenarkan Timor-Leste menyertai blok negara Asia Tenggara itu sebagai negara anggota ke-11.

"Kami selaku pemimpin ASEAN, bersetuju secara prinsip untuk memasukkan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11," menurut kenyataan dikeluarkan Kemboja yang menjadi tuan rumah Sidang Puncak ASEAN yang sedang berlangsung di negara itu.

Timor-Leste adalah negara 'termuda' di Asia Tenggara, dengan memperoleh kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 selepas pendudukan selama 24 tahun.

Pemimpin ASEAN sekali gus bersetuju memberikan status pemerhati dan hak kepada Timor-Leste untuk menghadiri sesi sidang puncak serta mesyuarat ASEAN.

Dalam pada itu, Singapura pada prinsipnya mengalu-alukan keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menghadiri sidang puncak di ibu kota Kemboja itu.

Tambah Encik Lee, keanggotaan Timor-Leste harus dilakukan mengikut pelan hala tuju ASEAN yang berasaskan kriteria dan bersifat objektif.

Beliau menambah ASEAN harus membantu Timor-Leste membangunkan keupayaannya dan bekerjasama dengan rakan kongsi luar untuk mencapai matlamat tersebut.

Encik Lee juga menyeru ASEAN agar mengekalkan perpaduan, dan terus memperjuangkan aturan dunia berasaskan peraturan.

Ini kerana prinsip-prinsip itu akan terus memanfaatkan pertubuhan ini.
Sumber : CNA/AFP/LL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan