SG akan uji khidmat bas awam tanpa pemandu di Marina Bay, one-north
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Singapura akan menguji khidmat bas awam tanpa pemandu di Marina Bay dan one-north, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (27 Jan).
Ia akan dimulakan dengan bas yang lebih kecil dengan sekurang-kurangnya 16 tempat duduk bagi khidmat bas nombor 400 di kawasan Marina Bay dan Shenton Way, diikuti oleh bas nombor 191 di one-north.
Kedua-dua khidmat bas ini dipilih kerana laluannya yang lebih pendek dan mudah, kata LTA. One-north adalah sebahagian daripada ujian kenderaan tanpa pemandu (AV) sedia ada, di mana ujiannya telah dijalankan sejak 2019.
AV tidak mempunyai pemandu dan dilengkapi dengan penderia yang membolehkan ia melakukan perjalanan di jalan raya.
Sebagai permulaan, LTA akan membeli enam bas tanpa pemandu. Bas-bas baharu itu akan beroperasi bersama dengan bas sedia ada dan akan digunakan mulai pertengahan 2026 untuk bagi tempoh permulaan selama tiga tahun.

Semasa fasa awal, bas-bas itu akan mempunyai pemandu sebagai pengendali keselamatan.
Bas-bas tanpa pemandu ini mesti memenuhi keperluan operasi, termasuk mengambil dan menurunkan penumpang dengan selamar di semua perhentian bas. Bas-bas itu akan dipantau dalam masa nyata oleh LTA untuk menilai prestasi dan pematuhannya kepada peraturan.
Perlindungan tambahan termasuk mewajibkan semua penumpang duduk dan memakai tali pinggang keledar. Seorang pegawai khidmat pelanggan boleh ditempatkan di dalam bas untuk membantu penumpang yang memerlukan bantuan.
Bergantung kepada prestasi keenam-enam bas pertama, LTA mungkin menimbangkan untuk membeli lagi 14 bas tanpa pemandu, yang akan membolehkan percubaan itu diperluaskan kepada dua lagi perkhidmatan bas awam.
"Pendekatan berperingkat ini membolehkan penilaian menyeluruh tentang daya maju dan keandalan teknologi AV sambil menjaga keselamatan orang ramai," kata LTA.

SARANAN
LTA akan melancarkan permintaan untuk mengemukakan saranan pada Isnin (27 Jan).
Pihak yang dipilih akan bekerjasama dengan SBS Transit, yang kini mengendalikan khidmat bas nombor 400 dan 191, untuk membangunkan konsep dan pelan operasi.
"Melalui projek perintis ini, LTA menyasarkan untuk menilai daya maju teknologi kenderaan tanpa pemandu (AV) untuk perkhidmatan bas awam, dan mendapatkan pandangan tentang aspek operasi pengendalian bas tanpa pemandu pada kedua-dua peringkat perkhidmatan dan jumlah bas sedemikian yanb diperlukan," kata LTA.
Pembida tender yang menang dijangka akanikan bas tersebut sekurang-kurangnya selama enam bulan untuk menunjukkan daya maju bas tanpa pemandu dan keupayaan operasi online dan selepas itu pengendali keselamatan online boleh mengambil alih peranan penyeliaan.
Menurut LTA, saranan yang diusulkan mestilah termasuk model bas, pengurusan bas dan sistem operasi online, serta infrastruktur pengecasan elektrik.
Mereka juga harus mempunyai perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk mengendalikan operasi AV serta khidmat penyenggaraan dan sokongan yang relevan.
"LTA akan menilai merit saranan yang diusulkan berdasarkan kematangan teknologi AV, rekod prestasi pembangun AV dari segi penggunaan dalam negeri dan/atau luar negara serta keupayaan untuk memenuhi keperluan operasi perkhidmatan bas awam," menurut LTA.
"Keseluruhan infrastruktur sokongan yang dicadangkan seperti pengurusan bas AV dan sistem pengecasan juga akan dipertimbangkan."
Permintaan untuk mengusulkan saranan akan ditutup pada suku kedua 2025, dengan kontrak dijangka diberikan menjelang akhir tahun ini.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.