Skip to main content

Singapura

SG akan tubuh suruhanjaya keselamatan pada 2026 bagi mangsa bahaya online

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan tubuh suruhanjaya keselamatan pada 2026 bagi mangsa bahaya online

Laptop. (Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 07 Mar 2025 02:57PM Dikemas Kini : 07 Mar 2025 02:58PM
SINGAPURA: Sebuah agensi pemerintah baharu untuk menyokong mangsa kes bahaya online, akan ditubuhkan pada separuh pertama 2026.

Salah satu fungsi Suruhanjaya Keselamatan Online adalah untuk membantu mangsa sedemikian sekiranya mereka meminta butiran pelaku bagi tujuan seperti memulakan prosiding undang-undang.

Maklumat tersebut akan menjangkaui alamat IP pelaku, yang mungkin merangkumi butiran pengenalan peribadinya.

Berucap mengenai rancangan perbelanjaan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berkata pada Jumaat (7 Mac) bahawa satu undang-undang yang diusulkan - Rang Undang-Undang Keselamatan Online (Bantuan & Kebertanggungjawaban) - akan diperkenalkan akhir tahun ini untuk menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Online (OSC).

Agensi baharu itu akan membantu mangsa mendapatkan "berdepan sebarang bahaya online, jelasnya di parlimen.

"Mangsa akan dapat meminta OSC supaya mengeluarkan arahan kepada platform untuk menurunkan kandungan yang menyinggung perasaan itu. Platform tersebut juga mesti menghapuskan salinan (kandungan) serupa yang sedia ada di platform," tambah Cik Teo.

"Undang-undang baharu itu juga akan membantu mangsa mempertanggungjawabkan pelaku mereka. Jika mereka ingin saman pelaku, mereka boleh meminta OSC mengarahkan platform untuk memberikan maklumat tentang pelaku."

Rancangan bagi menubuhkan agensi tersebut pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong tahun lalu.

Agensi itu dijangka berada di bawah naungan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan juga akan berkerjasama dengan platform media sosial untuk menghapuskan kandungan yang dianggap berbahaya kepada mangsa.

Awal minggu ini, Kementerian Undang-Undang mengumumkan bahawa pihak berkuasa sedang melakar undang-undang untuk mentakrifkan dengan jelas jenis bahaya di platform online, menyediakan asas undang-undang yang jelas untuk mangsa menuntut agar pelaku dipertanggungjawabkan. Ia boleh digunakan bagi bahaya serius seperti gangguan online dan penyalahgunaan imej intim.

Terdapat juga mekanisme baharu untuk menangani isu kerahsiaan online yang disalahgunakan oleh pelaku kes bahaya online.

Pengumuman yang dibuat pada Jumaat itu adalah berikutan perundingan awam selama sebulan yang dilancarkan oleh kementerian undang-undang itu dan MDDI pada November tahun lalu, mengenai cadangan undang-undang dan langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan di wadah online.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita