SG akan tubuh jawatankuasa berbilang kementerian untuk perketat rejim antipengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu Jawatankuasa Antara Kementerian akan ditubuhkan untuk memperketatkan rejim antipengubahan wang haram di Singapura.
Jawatankuasa itu akan dipimpin Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah.
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo menjelaskan bahawa jawatankuasa itu dibentuk berikutan siasatan kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang melibatkan S$2.8 bilion.

"Polis sedang bekerja rapat dengan pengawal selia dari pelbagai sektor dan akan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat mahupun individu yang didapati melakukan kesalahan jenayah, seperti pelibatan dalam kes pengubahan wang haram," kata Cik Teo yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.
Beliau menambah bahawa pengawal selia sektor akan mengambil tindakan sekiranya ada yang lalai atau mengingkari syarat-syarat antipengubahan wang haram.
Ada dalam kalangan individu yang diberkas difahamkan menyalurkan sumbangan kepada badan-badan amal di sini.
"Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal akan mengeluarkan makluman yang menggalak semua pertubuhan amal melakukan semakan ke atas rekod penderma masing-masing untuk mencari tahu sekiranya mereka menerima sumbangan daripada individu-individu yang diberkas, mahupun entiti-entiti yang terikat dengan para suspek, lalu memfailkan Laporan Transaksi yang Mencurigakan (STR)," terang Cik Teo.
"Makluman itu juga akan mengandungi nasihat kepada badan-badan amal tentang bagaimana untuk menguruskan wang tersebut."
Menurut Cik Teo lagi, sebilangan pertubuhan amal membuat keputusan untuk mengetepikan sumbangan ini. Ada juga yang membuat aduan polis dan merancang untuk menyerahkan wang kepada mereka.
Kes pengubahan wang haram berbilion dolar di sini terbongkar pada awal 2021 semasa polis sedang menyiasat laporan-laporan lain yang melibatkan pelbagai kegiatan mencurigakan.
Laporan yang diterima antara lain terkait dengan perbuatan memalsukan dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di sini. Institusi-institusi kewangan turut mengemukakan laporan.
Pada 2022, polis melancarkan satu siasatan dan meneliti maklumat yang diterima untuk mengenal pasti para individu terlibat.
Awal tahun ini pula, polis berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), sebelum mengambil tindakan ke atas para suspek pada Ogos lalu.
"Menghuraikan kes ini kelihatan lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan. Kita juga tidak mahu menimbulkan syak wasangka, dan polis bertindak dengan sangat hati-hati, dengan satu pasukan sangat kecil," kata Cik Teo.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.