SG akan tingkatkan kawalan keselamatan semua pusat pemeriksaan selama seminggu mulai 9 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kelengahan dijangka berlaku di semua pusat pemeriksaan Singapura dari 9 Sep hingga 14 Sep, sedang pihak berkuasa meningkatkan tahap keselamatan disebabkan oleh "situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini".
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) tidak menyatakan apa yang dirujuk semasa membuat pengumuman itu dalam catatan Facebook pada Ahad (8 Sep).
Para pelawat dan pelancong yang tiba di pusat-pusat pemeriksaan darat, udara dan laut akan menjalani "pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan" dan mereka harus mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen, menurut ICA.
Pope Francis dijadual akan melawat Singapura dari 11 Sep hingga 13 Sep untuk pusingan terakhir dalam rangka lawatannya ke Asia Pasifik.
Semasa melakukan lawatan ke Indonesia awal minggu ini, polis di negara itu memberkas tujuh orang kerana dipercayai membuat "ancaman pengganasan" terhadap pemimpin Katolik berusia 87 tahun itu.
Para suspek diberkas di bandar-bandar sekitar ibu kota Jakarta, dan wilayah Sumatera Barat dan Bangka Belitung.
Mereka dituduh memuat naik kenyataan dan imej-imej yang mengancam serangan bom ke atas mesyuarat dan pertemuan dengan Pope Francis di Jakarta.
Pope Francis kini sedang dalam rangka lawatan selama 12 hari, yang paling lama dan paling jauh sepanjang tempoh perkhidmatannya setakat ini.
Pada Ahad (8 Sep), beliau memimpin satu acara terbuka bagi sekitar 35,000 orang di Papua New Guinea.
Persinggahan seterusnya ialah Timor Leste yang majoriti penduduknya beragama Katolik, sebelum menuju ke Singapura.

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.