Skip to main content

Singapura

SG akan terus sesuaikan dasar, program bantuan sosial bagi sokong keperluan rakyat: Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan terus sesuaikan dasar, program bantuan sosial bagi sokong keperluan rakyat: Masagos

(Gambar fail: TODAY/Lim Li Ting)

Diterbitkan : 12 Jul 2024 07:57PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang ditinjau mengenal pasti barangan dan kegiatan yang menurut mereka penting bagi menjalani kehidupan biasa.

Ini termasuk peralatan rumah dan masa bersama keluarga.

Demikian menurut hasil dapatan daripada dua kajian baharu yang dijalankan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Institut Pengajian Dasar (IPS).

Kajian itu juga mendedahkan, orang ramai mahu pemerintah membantu untuk membiayai barangan asas itu.

Dapatan daripada kajian-kajian itu akan membantu dalam penggubalan dasar-dasar sosial selain memperkasa golongan dan individu rentan.

Mengulas dapatan-dapatan tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata Singapura akan terus menyesuaikan dasar-dasar dan program negara bagi menyokong keperluan rakyatnya yang berubah-ubah.

Ini juga demi memastikan setiap warga dapat memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka.

Menurut Encik Masagos, skim-skim seperti ComCare akan terus disemak agar ia seiring dengan keperluan golongan yang rentan.

Namun, tambah beliau, dasar-dasar tersebut mestilah munasabah dan mampu bertahan.

Encik Masagos berucap demikian di satu simposium yang berlangsung di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

"Bagi membiayai barangan keperluan untuk golongan memerlukan, kebanyakan rakyat Singapura lebih suka untuk tidak membayar cukai lebih tinggi.

"Mereka lebih memilih untuk memperuntukkan semula perbelanjaan pemerintah daripada bidang-bidang lain. Tetapi ini bukan selalu boleh dilakukan.

"Ini adalah satu imbangan rumit yang perlu kita capai - mengimbangi antara barangan apakah untuk disediakan menerusi pembiayaan pemerintah, dan tukar ganti yang perlu kita lakukan sebagai sebuah masyarakat," kata Encik Masagos.
Sumber : CNA/FA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita