Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan terus melabur dalam sains iklim; perlu tindakan berani cegah perubahan corak cuaca

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri-menteri Singapura menekankan betapa pentingnya untuk memahami dan melabur dalam sains iklim.

Bercakap di Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menambah bandar-bandar tepi pantai seperti Singapura terdedah kepada perubahan iklim.

Lantaran itu, Singapura sedang melabur dalam sains iklim.

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam juga menekankan peri pentingnya sains dalam dialog mengenai Ekonomi Air.

Encik Tharman berkata tindakan bersama yang lebih berani diperlukan untuk mengelakkan perubahan corak cuaca seperti hujan lebat dan banjir.

Ini boleh dilakukan dengan memahami sains iklim lebih-lebih lagi apabila melakarkan dasar-dasar dan menggalakkan perubahan antara generasi.

"Golongan muda tidak akan menjadi majoriti dalam kalangan pengundi, tapi mereka boleh menjadi pengaruh yang kuat kepada ibu bapa dan datuk nenek mereka. Manfaatkan golongan muda, didiklah golongan muda.

"Sains tentang sains iklim atau krisis air, sains mengenai kehilangan biodiversiti perlu menjadi sebahagian daripada proses membesar," kata Encik Tharman.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan