Skip to main content

Singapura

SG akan terus labur di Amerika meski dalam suasana lebih kompleks: SM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan terus labur di Amerika meski dalam suasana lebih kompleks: SM Lee

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 15 Nov 2024 07:35AM Dikemas Kini : 15 Nov 2024 07:42AM
SINGAPURA: Singapura akan terus melabur di Amerika Syarikat (AS) dan mengekalkan aset-aset Amerika sebagai sebahagian portfolionya.

Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata Singapura akan berbuat demikian meskipun dalam "suasana yang lebih gelap dan kompleks".

SM Lee berkata demikian di Persidangan GIC Insights di New York, semasa melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat.

Menurut beliau, meskipun melabur dalam pasaran-pasaran Amerika tidak selalunya lancar, portfolio keseluruhan dana pelaburan Singapura (GIC) telah berkembang, melangkaui kadar inflasi sejagat.

SM Lee menambah, masyarakat-masyarakat Amerika boleh juga meraih manfaat daripada pelbagai peluang pelaburan jangka panjang dalam bidang-bidang baharu muncul.

Ia termasuk teknologi iklim dan kemampanan.

Singapura juga, katanya, mahu mengekalkan hubungan jangka panjang dengan Amerika menerusi GIC.

Beliau berkata perkongsian antara Singapura dengan Amerika selama lebih 40 tahun terus semakin kukuh.

Menurut beliau lagi rasa percaya dan yakin terhadap satu sama lain membolehkan kedua-dua negara meraih kemakmuran bersama.
Sumber : CNA/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita