Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan terus labur dalam perubatan jitu, terapi gen dalam usaha rawat penyakit tanpa ubat

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan terus labur dalam perubatan jitu, terapi gen dalam usaha rawat penyakit tanpa ubat

Foto hiasan: Seorang penyelidik menguji sampel darah. (Gambar: AFP/Noah Seelam)

SINGAPURA: Singapura akan terus melabur dalam kajian dan inovasi bagi bidang-bidang seperti perubatan jitu dan terapi gen, untuk cuba merawat penyakit yang tidak boleh diubati.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ini merupakan antara langkah untuk menyertakan rawatan sedemikian dalam jagaan kesihatan arus utama.

Malah, perkembangan dalam teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) juga boleh membantu menguruskan penyakit kronik dengan lebih baik lagi.

Encik Ong berkata demikian di satu majlis memeterai perjanjian antara Singapura dengan Sweden pada Rabu (20 Nov).

Kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang-bidang seperti kajian dan inovasi jagaan kesihatan.

Encik Ong berkata: "Perkongsian dan rangkaian antarabangsa adalah kunci kepada usaha-usaha transformasi jagaan kesihatan kami.

"Khususnya perkongsian kami dengan Sweden dalam jagaan kesihatan sentiasa bercirikan keinginan yang serupa untuk mendakapi teknologi, meneroka inovasi dan meningkatkan pengetahuan kita.

"Ini DNA serupa antara kedua-dua negara. Kerjasama kami menjangkaui klinik dan makmal."
Sumber : CNA/DY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan