SG akan terus kirim bantuan ke Gaza meski Israel larang operasi UNRWA: Vivian Balakrishnan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya di Timur Tengah untuk menghantar bantuan ke Gaza, meskipun Israel menghalang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) untuk menjalankan operasinya di Israel dan timur Baitulmakdis.
Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian pada Selasa (12 Nov), sebagai jawapan kepada soalan parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang).
Dalam soalannya, Encik Zhulkarnain bertanya bagaimana Singapura akan terus memberikan bantuan ke Gaza, selepas tindakan diambil Israel, dan bagaimana ia akan terus menyokong usaha UNRWA. Beliau juga bertanya sama ada pemerintah akan menimbangkan untuk menghantar lebih banyak bantuan ke Gaza.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan tersebut, Dr Balakrishnan meluahkan kebimbangan terhadap larangan Israel.
"Singapura amat bimbang tentang undang-undang yang diluluskan baru-baru ini di Knesset Israel yang melarang aktiviti UNRWA di wilayah Israel dan melarang hubungan pihak berkuasa negara dengan UNRWA," katanya.
“Ia akan menghambat penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
"Kami menggesa semua pihak untuk menghormati dan menyokong peranan kemanusiaan yang dimainkan oleh agensi PBB di Wilayah Palestin, membenarkan mereka akses tanpa halangan untuk menjalankan tugas mereka, dan memastikan keselamatan kakitangan mereka."
Walau bagaimanapun, Dr Balakrishnan berkata bahawa selain UNRWA, Singapura bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang berbeza di rantau ini untuk memberikan bantuan kepada penduduk Gaza.
Ia termasuk negara seperti Mesir, Jordan, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Cyprus, serta agensi kemanusiaan seperti UNICEF, Bulan Sabit Merah Mesir dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO).
“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di rantau ini untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas di Gaza,” katanya.
Dalam jawapannya, Dr Balakrishnan juga memperincikan bantuan yang diberikan Singapura kepada Gaza setakat ini.
Beliau juga memberikan maklumat mengenai bantuan kewangan yang disalurkan dari Singapura kepada agensi kemanusiaan di rantau ini sejak perang Israel-Hamas bermula.
"Yayasan Rahmatan Lil Alamin menderma S$8.1 juta kepada UNRWA dan S$2.7 juta kepada UNICEF sejak permulaan konflik," katanya.
“Palang Merah Singapura juga menderma barangan kemanusiaan bernilai AS$100,000 (S$130,000) kepada Bulan Sabit Merah Mesir pada November 2023.
"Kami akan terus meneroka cadangan lain untuk menyampaikan bantuan yang tepat pada masanya melalui kaedah yang paling berkesan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.